Bila berkata soal madu,
ramai wanita yang membenci, sanggup diceraikan dan pelbagai
lagi andaian mengenai perkara ini.
Eida juga wanita biasa,
punya hati dan perasaan yang ingin disayangi,
tapi kita terpaksa berbalik kepada hukum Tuhan,
kerana islam telah memberi hak kepada lelaki
untuk berkahwin lebih dari satu,
jika kita menentang, sama juga kita menentang
hukum Tuhan.
Eida bukan lah nak menyokong poligami,
tetapi bila isu ini berbangkit sahaja,
rumah tangga jadi kucar kacir,
perang dunia ke 3 pon meletus ,
sedangkan sebelum itu rumahtangga
cukup aman dan bahagia.
Memang pahit untuk kita telan,
tetapi sanggupkah kita melihat anak2 hilang
kasih sayang dari seorang ayah disebabkan kekerasan hati kita,
tidak sanggup untuk dimadukan dengan sebab
takut kasih berbagi dua.......
Suami adalah pinjaman,
bukan lah hak kita seorang, jadi bagaimana untuk kita mengatakan
suami itu hak kita dan tak boleh dikongsi2...
syurga wanita sebelum berkahwin adalah dibawah tapak kaki ibu,
tetapi bila sudah berkahwin syurga terletak dibawah tapak kaki suami,
berdosa apabila isteri menuntut cerai dari suami
melainkan isteri itu diceraikan.
Tetapi kita kene ingat,
suami itu milik ibu bapanya, dan juga tetap kekal milik
keluarganya walaupun sudah berumahtangga.
Jadi terang2 suami adalah pinjaman
untuk kita.
Alhamdulillah jika kita dapat suami yang setia,
sampai mati pon cintanya untuk kita,
namun jika dipertengahan jalan,
hatinya mula berubah.
ia sudah lumrah dunia,
kerana nafsu wanita 1,manakala akal 9,
lelaki pula akalnya 1 dan nafsunya 9.
Jadi itu lah sebabnya
Allah telah menetapkan lelaki boleh berkahwin lebih dari satu,
sekarang pula zaman sudah akhir,
wanita lebih ramai dari lelaki.
Sebelum membuat sebarang keputusan,
fikirkanlah jalan yang terbaik,
memang sukar untuk kita terima insan lain dalam rumahtangga kita,
tetapi ia menjadi harus jika suami kita mampu dr segi zahir dan batin,
dan jatuh haram jika suami kita tidak mampu memenuhi
syarat poligami tersebut.
Islam ini adil,
Jadi pada wanita2 sekalian,
janganlah terlalu cepat melatah dengan perkara ini,
tidak semua madu itu pahit,
ia manis jika kita mampu mengawalnya.
Renungkanlah supaya kita tidak jatuh dari landasan yang sebenar....
Wallahualam...
2 comments:
eida wanita yg kuat. zte susah nk komplen bab ni...
Ermm... sbg yg sedang melalui stuasi ini cuma ini pesanan darna "Tak semua kehidupan bermadu itu pahit dan tak semua madu itu manis" kwn2 boleh nilai sendiri.
Yusof Qardawi berkata" Allah Tidak akan menghalalkan sesuatu perkara itu jika ia memudaratkan hambanya, Dan Allah juga tidak mengharamkan sesuatu perkara yang membawa kebaikan kepada hambanya".
Bersyukurlah dgn apa yg ada!
Post a Comment