Monday, March 14, 2011

SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA


Jika anda blogger PEREMPUAN:

1. LELAKI pilihan anda ?

Pada eida lelaki pilihan eida yang sangat mementingkan soal Agama, bertanggungjawab dan boleh memimpin keluarga, adil, memiliki akhlak terpuji dan berakhlak mulia. Kerana Lelaki adalah ketua keluarga, sebagai ketua haruslah memiliki sifat2 yang meyakinkan untuk menjadi pemimpin.

2. Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?

Lelaki Seksi yerkkk....pada eida tak perlu lah lelaki seksi, cukup sekadar sedap mata memandang, smart dan berperwatakan menarik. Pada eida seksi seorang lelaki tue terletak pada cara dia bercakap dan mungkin juga pada senyumannye, sebab lelaki nie mahal dengan senyuman, tapi bila tersenyum tue....mak aiiihhhh....boleh cairrr...

3. LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?

Tidak semua lelaki begitu, banyak faktor yang menyebabkan lelaki berubah, contohnya bila sudah berumahtangga mungkin mereka lebih menumpukan urusan kerja, kerana kini tanggungjawab mereka makin berat, mereka sekarang hanya berfikir camne nak tingkatkan pendapatan untuk perbelanjaan seisi rumah, jadi sebagai isteri kenelah memahami situasi tue.

4. Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?

Bermadu?? pada eida madu itu manis jika kita pandai menjaganya, terima dengan hati yang ikhlas namun akan pahit apabila kita menganggapnye hempedu yang pahit untuk kita telan. Mungkin kerana kita tidak boleh terima bahawa kasih sayang suami akan berbagi dua.

5. Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ?
 Apa yang akan eida lakukan adalah berjumpa dengan wanita tersebut secara baik, melenting???eida bukan jenis yang senang melenting dengan perkara tersebut, sebab lelaki akan jadi takut jika perempuan mudah melenting, so berfikiran terbuka lebih baik.

6. LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?

Curang?? pada eida ia sesuatu yang subjektif, sukar untuk kita kenal pasti sama ada lelaki atau wanita yang mudah berlaku curang, semua tue terletak pada hati, sebab sekarang nie lelaki dan wanita dah sama naik, dua2 sudah pndai untuk curang....nauzubillah...apepon kita balik kepada ajaran Agama kita lah yek...sukar untuk kita nilai semua nie, kene tepuk dada tanya iman...

7. SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??
Setia, nie pon susah nak jawab nie, tapi pada eida peratusan kesetiaan tue boleh dikatakan wanita lebih setia mungkin 70% (wanita) 30% (lelaki)....waaahhhh...pandai2 jerk wat peratusan gitu yek...tapi boleh dikatakan begitu lah...tengok saje lah, klo misal isteri menghidap penyakit seperti lumpuh atau penyakit2 berbahaya seperti kanser, lelaki yang betul2 setia menemani isteri tue jarang sesangat, tetapi klo suami yang ada dalam keadaan tersebut, isteri sanggup menemani suami, berkorban demi suami. Pada pandangan eida lah yekkk....

8. Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?
Cemburu?? bagi eida cemburu tue memang harus ada pada setiap wanita, cemburu tue kan tanda kita sayang pada pasangan kita, tapi cemburu haruslah bertempat, jangan cemburu buta, kerana ia akan buatkan kita sendiri yang sakit. So cemburu tue haruslah bertempat dan berpada.


Wokeyyyy...keje rumah dah siap 
Cikgu Ben...
Harap dapatlah kiranya Cikgu Ben memberi markah
yang selayaknye...

Tq..

5 comments:

cik ungu said...

singgah dari segmen abg ben..
salam kenal..:)
http://sitishafur.blogspot.com/2011/03/segmen-ben-ashaari-soal-cinta.html

Pak Aji said...

salam.. slmat tgh hari.. sy ni dr blog abg ben .. hehe

http://fuyohblog.blogspot.com/2011/03/ben-ashaari-tuhan-trafik.html

NiSha said...

salam singgah..
santai dari blog abg ben
http://heandsheloves.blogspot.com
>NiSha<

Prince said...

entry yg sgt bagus...
...:)

sy ni newbiee lagi...
datnhg dari blog abg ben..
jom bce info mnarik tentang petua orang2 tua untuk jga kecntikan tubuh badan...laki n pmpn..:)x

logorithm said...

Terjah! ;-)

nuffnang