Memang sejak azali lagi setiap manusia mempunyai ribuan sel otak. Namun begitu jumlahnya akan berkurangan setiap kali kita meningkat dewasa. Malahan pengurangan ini semakin aktif jika kita tidak memaksimumkan penggunaannya. Jadi untuk mengawqal pengurangannya, mari kita semak beberapa tips dibawah:
* Lakukan aktiviti fizikal seperti berjoging bersama teman2. Kerana menurut penyelidikan, aktiviti sebegini boleh meningkatkan jumlah sel otak dibahagian otak yang mengatur memori proses untuk belajar disamping dapat mengeratkan hubungan dengan teman2.
* Lakukanlah sesuatu yang baru, misalnya mencuba makanan baru, kerap menukar wangian tubuh ataupun mengunjungi tempat2 baru.
* Selain itu dengan menulis puisi, cerpen atau seperti yang kita lakukan sekarang, mengupdate blog atau apa saja yang boleh mengolah mental dan kemampuan berfikir juga baik untuk pertambahan sel otak.
* Sebaiknya banyakkan makan ikan kerana ikan mempunyai omega 3 yang baik untuk sel otak. Jika kita sudah bosan dengan ikan, kita boleh menggantikan pengambilannya dengan mengambil pati minyak ikan. Kebiasaan ini akan dapat membantu perjalanan oksigen ke otak.
* Hindari makanan ringan kerana akan menghadkan jumlah darah yang kaya dengan oksigen masuk ke otak serta menghalang metabolisme glukosa yang amat diperlukan oleh otak untuk berfikir.
Selamat mencuba...
0 comments:
Post a Comment