Wednesday, March 2, 2011

11 Tips Untuk Diri Lebih Dihargai


Tanyalah pada sesiapa sahaja lelaki ataupun perempuan semestinya ingin diri dihormati dan dihargaioleh orang lain. Kamu boleh memiliki semua ini sekiranya kamu juga tahu menghormati dan menghargai orang lain. Dan dibawah ini ada disertakan tips untuk membuatkan diri kamu lebih dihargai….

·   *  Hargai dirimu sendiri dalam masa yang sama sentiasa tunjukkan yang kamu lebih menghargai personality seseorang wanita.

·   *  Jika keluar makan bersama teman-teman, jangan terlalu kedekut untuk membayar bila mereka.

·   *  Sentiasa cuba perkara-perkara baru. Misalnya jika ada teman-teman yang mengajak kamu melakukan aktiviti lasak, jangan mudah mengalah mengatakn tidak.

·   * Jangan terlalu suka membantu orang. Kadangkala bantuan yang paling baik untuk si dia ialah membiarkannya membantu dirinya sendiri.

·   * Jangan sesekali cuba membuat berita buruk seperti berita baik. Jika ya, katakana ya, dan jika tidak katakana tidak.

·   * Katakan tidak jika jawapan sepatutnya tidak “ Tengoklah dulu, Mungkin atau saya tak berapa pasti” merupakan alas an seorang yang takut untuk menghampakan orang lain.

·   * Pelajari bahasa lain. Bahasa cina, perancis atau apa sahaja kerana kamu akan lebih dihargai.

·   * Tunjukkan perangai yang konsisten di dalam perhubungan seharian kamu, contohnya jika ada yang cuba mengambil kesempatan atau berkata buruk tentang kamu, jangan takut untuk bersemuka dengan mereka.

·   * Jangan takut untuk membuat kerja2 yang orang lain mungkin fikir sebagai sesuatu yang memalukan atau merendahkan diri.

·   * Tukarkan ego kamu menajdi suatu pendorong kepada kecemerlangan. Jangan biarkan ia menjadikan kamu seorang yang mudah mengalah dan sentiasa mengeluh.

·   * Tidak mengapa kamu dibenci kerana melakukan perkara yang betul.

0 comments:

nuffnang