Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Friday, June 3, 2011

Contest Baby Bajet Comel

Salam....
Contest lagi...teruja giler nak join
walaupun tak penah menang dalam mana2 contest,
tapi untuk anak2 mama...
mama nak masukkan jugak korang contest...
kali nie contest baby bajet comel...


:

:

:

:

:
Nama : Nurul Batrisya Bt Azharulsaleh
Nama Panggilan : Arisya
Umur :8 Bulan
Tarikh Lahir : 18/10/2010
Aktiviti dia....campak2 barang...

Okeh....tue lah anak dara
kesayangan kami semua...comel ke???
semua ciptaan Allah sempurna belaka
ape pon terima kasih untuk Farah
sebab bukak contest nie..

So disini eida nak tag

* Qisha Qhairulnizam

* Murni Qaseh Kalsum

* Nurdalina Nordin

Good Luck My Prenzzzz.....

Thursday, April 14, 2011

CONTEST BABY COMEL


Teruja sangat nak join contest nie...

nama si kecil nie
Nurul Batrisya Bt Azharulsaleh
berusia 6bulan

So pada yang rase2 arisya nie comel
boleh lah Vote yerk...

senang jerk...g lah ke link bawah nie...

http://itsmeshielafirdaus.blogspot.com/2011/04/contest-baby-comel.html
Jangan lupa AFUNDI arisya...
Opsss...terlebih suda!!!!


Thursday, March 24, 2011

Precious Humairah In The House



Sesape nak join jangan keberatan,
klik sahaja link diatas....


Nama Anak : Mohammad Khaziq Fahmi B. Azharulsaleh

Tarikh Lahir : 18.10.2007

Umur : 3Tahun 6Bulan


Tugas eida dah selesai
jadi eida nak tag kawan2 eida plak....

Qisha Qhairulnizam

Siti Yosnani

Hana Maria


Thanks To Murni Qasih Kalsom
sebab sudi Tag eida

Wednesday, March 16, 2011

Contest Photo Anakku Ceria


Eida sungguh teruja nak join contest Photo Anakku Ceria
mana tak terujanye 
besok genap lah umur anak dara eida nie
6bulan....dia memang ceria..
Ceria ke????
.
.
.
tadaaaaaaaa
Nama Ibu : Noor Haida Bt. Kamaruddin
Nama Anak : Nurul Batrisya Bt. Azharulsaleh
Umur : 6Bulan 


Settle sudahhh....
jadi eida berbesar hati lah nak tag kawan2 eida...
kita tengok sapa yang kenaaa....

Aziati Salehah
Tina Othman
Oshin Jamel

kawan2...jangan lupa
join tau....
Klik lah bawah niee....





"Contest Photo Anakku Ceria"


Salam...
waaaa...terujanye nak join contest anakku ceria nie...
eida nie tak de lah pakar sangat nak amik gambar,
tapi boleh lah, 
bukan ape, kadang elok2 tengah nak amik gambar,
lambat plak...hehehe...

tapi nie lah hasilnye
.
.
.

tadaaaaaaaa

Nama Ibu : Noor Haida Bt. Kamaruddin
Nama Anak : Mohammad Khaziq Fahmi B. Azharulsaleh
Umur Anak : 4tahun


tugasan eida sudah selesai...
jadi eida nak tag rakan2 eida...

Qisha Qhairulnizam
Murni Qasih Kalsum
Siti Yosnani

kawan2 yang berminat boleh 
Klik bawah nie...
http://farshidhanin.blogspot.com

Monday, March 14, 2011

SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA


Jika anda blogger PEREMPUAN:

1. LELAKI pilihan anda ?

Pada eida lelaki pilihan eida yang sangat mementingkan soal Agama, bertanggungjawab dan boleh memimpin keluarga, adil, memiliki akhlak terpuji dan berakhlak mulia. Kerana Lelaki adalah ketua keluarga, sebagai ketua haruslah memiliki sifat2 yang meyakinkan untuk menjadi pemimpin.

2. Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?

Lelaki Seksi yerkkk....pada eida tak perlu lah lelaki seksi, cukup sekadar sedap mata memandang, smart dan berperwatakan menarik. Pada eida seksi seorang lelaki tue terletak pada cara dia bercakap dan mungkin juga pada senyumannye, sebab lelaki nie mahal dengan senyuman, tapi bila tersenyum tue....mak aiiihhhh....boleh cairrr...

3. LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?

Tidak semua lelaki begitu, banyak faktor yang menyebabkan lelaki berubah, contohnya bila sudah berumahtangga mungkin mereka lebih menumpukan urusan kerja, kerana kini tanggungjawab mereka makin berat, mereka sekarang hanya berfikir camne nak tingkatkan pendapatan untuk perbelanjaan seisi rumah, jadi sebagai isteri kenelah memahami situasi tue.

4. Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?

Bermadu?? pada eida madu itu manis jika kita pandai menjaganya, terima dengan hati yang ikhlas namun akan pahit apabila kita menganggapnye hempedu yang pahit untuk kita telan. Mungkin kerana kita tidak boleh terima bahawa kasih sayang suami akan berbagi dua.

5. Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ?
 Apa yang akan eida lakukan adalah berjumpa dengan wanita tersebut secara baik, melenting???eida bukan jenis yang senang melenting dengan perkara tersebut, sebab lelaki akan jadi takut jika perempuan mudah melenting, so berfikiran terbuka lebih baik.

6. LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?

Curang?? pada eida ia sesuatu yang subjektif, sukar untuk kita kenal pasti sama ada lelaki atau wanita yang mudah berlaku curang, semua tue terletak pada hati, sebab sekarang nie lelaki dan wanita dah sama naik, dua2 sudah pndai untuk curang....nauzubillah...apepon kita balik kepada ajaran Agama kita lah yek...sukar untuk kita nilai semua nie, kene tepuk dada tanya iman...

7. SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??
Setia, nie pon susah nak jawab nie, tapi pada eida peratusan kesetiaan tue boleh dikatakan wanita lebih setia mungkin 70% (wanita) 30% (lelaki)....waaahhhh...pandai2 jerk wat peratusan gitu yek...tapi boleh dikatakan begitu lah...tengok saje lah, klo misal isteri menghidap penyakit seperti lumpuh atau penyakit2 berbahaya seperti kanser, lelaki yang betul2 setia menemani isteri tue jarang sesangat, tetapi klo suami yang ada dalam keadaan tersebut, isteri sanggup menemani suami, berkorban demi suami. Pada pandangan eida lah yekkk....

8. Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?
Cemburu?? bagi eida cemburu tue memang harus ada pada setiap wanita, cemburu tue kan tanda kita sayang pada pasangan kita, tapi cemburu haruslah bertempat, jangan cemburu buta, kerana ia akan buatkan kita sendiri yang sakit. So cemburu tue haruslah bertempat dan berpada.


Wokeyyyy...keje rumah dah siap 
Cikgu Ben...
Harap dapatlah kiranya Cikgu Ben memberi markah
yang selayaknye...

Tq..

SmileY BaggY GiveawaY

EIDA teruja lah sesangat nak masuk GA nie,
sebab eida tak nah lagi join memana GA sebelum nie...
mana lah tahu ade rezeki, boleh menang hadiah kan...
dari cheqppjoy.com gitu....


syarat-syarat penyertaan:

1.jadi follower cheqppjoy.com
Pollow dah !!
SETTLE!

2.add smiley baggy II sebagai friends korang dekat facebook. untuk join GA ni, peserta wajib ada blog and facebook.
SETTLE!

3.buat 1 entry tentang giveaway ni dengan tajuk "SmileY BaggY GiveawaY"
SETTLE!

4.tag kepada 4 orang kawan2 korang..kalau nk tag lagi ramai pon xpe..kurang xboleh ye.paling penting make sure diaorg tau pasal giveaway ni..
ingin tag 4orang jerk...


Qisha Qhairulnizam

5.letak banner GA dekat sidebar blog korang dan linkkan ke entry ni.
yes...sudah...!!
SETTLE!

6.bila da selesai, sila tinggalkan link entry korang di komen entry ni beserta dengan id facebook anda untuk fy check.
SETTLE!


Eida punye tugas settle sudah...
kawan2 ape lagi...
jomlah join skali...mana tau nanti boleh dapat hadiah menarik..
handbeg gituuu..siap boleh pilih sendiri...
semoga kawan2 pon boleh dapat hadiah tu,
good luck!!!

untuk maklumat lanjut sila lah 
Klik http://www.cheqppjoy.com/2011/02/smiley-baggy-giveaway.html

Saturday, March 12, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN

Kawan2...ape lagi klo tertarik silalah join
meh eida nak menjawab soalan En.Ben
.........""..........

1. Dalam memberi pendapat dalam entri , apakah blogger lelaki benar benar ikhlas ?
   Ikhlas, sebenarnya susah untuk kita mengetahui sama ada setiap pendapat yang lelaki wat ikhlas atau tidak, sebab keikhlasan tue terletak pada hati masing2, kita sebagai pembaca sukar untuk menilainya hanya dengan membaca pendapat tersebut, tetapi bagi eida, lelaki nie susah nak simpan2 ape yang terpendam, dan ape yang mereka catatkan adalah lahir dari dalam diri mereka. Biasanya pendapat yang mereka beri adakalanya agak kasar dan menyentap hati, tetapi itulah mereka.


2. Blogger lelaki malu nak letak gambar ? Kenapa ?
   Memang kebanyakkan lelaki susah nak tonjolkan diri mereka, berbanding wanita, sebab yang paling ketara mereka menyatakan yang mereka segan untuk ditonton oleh orang ramai, jadi mereka lebih tertutup. Karakter setiap lelaki berbeza,  ada juga yang suka menonjolkan diri mereka sewaktu berblog, namun tidak semua begitu, mereka lebih kepada penyegan.

3. Pada pendapat anda , kenapa lelaki berblog ? Secara umum ..
    Pada eida, lelaki berblog lebih kepada urusan perniagaan atau lebih kepada berkongsi hobi mereka, contohnya jika seseorang lelaki itu meminati hobi memancing, jadi mereka akan bercerita soal hobi tersebut, dan akan mencari teman2 yang sama minat dengan mereka untuk berkongsi ilmu tentang minat tersebut.

4. Blogger lelaki lebih mudah dapat ramai follower berbanding perempuan ? Kenapa ?
   Sebenarnya pada eida, follower lebih memilih en3 yang menarik dalam sesebuah blog untuk mereka follow, tidak mengira jantina atau umur, kebiasaan blog lelaki yang ramai follower mereka terdiri daripada perempuan adalah bergantung kepada en3 mereka yang menarik dan tidak membosankan, serta lelaki ini lebih banyak berjenaka didalam setiap en3 mereka menyebabkan kaun wanita lebih terhibur membaca en3 tersebut.


5. Blog lelaki yang anda wajib masuk setiap hari ..
    Blog wajib masuk setiap hari, biasanya eida akan follow blog dunia pancing & Wan wma, nak kata wajib sangat tue tidak lah, tapi akan masuk bila dah mula berblogging. Kenape eida suka sebab eida minat memancing dan suka sangat mempelajari perkara baru dan dapat nasihat2 yang bernas dari mereka.

6. Jika anda blogger lelaki , apakah yang akan anda letak dalam blog anda ..
   Klo eida sebagai blogger lelaki, sudah pastinya eida akan menempekkan gambar2 ikan hasil pancingan eida atau kereta yang menjadi idaman, tidak lupa juga  gambar pasukan Bola Sepak Malaysia yang menjadi kebanggaan. Selain itu eida juga nak tempek gadget2 yang menarik.

Sekian sudah En. Ben
Alhamdulillah terjawab segala persoalan mengenai
Blogger Lelaki Vs Perempuan
segala jawapan adalah lahir dari hati

pada sesiapa yang nak join..jangan malu2
Klik sahaja

nuffnang