Sunday, June 5, 2011

Aku Kurang Upaya???

Satu hari nie,
sewaktu nak g membeli belah,
aku pon mencari2 tempat untuk meletakkan kereta,
dalam cari punye cari,
dari jauh aku nampak sebuah kereta
sedang keluar dari kotak parking,
dengan pantas aku terus menunggu dibelakang
kenderaan tersebut.

Bila aku tiba je kat situ,
aku terbaca signboard nie...
aku terkedu seketika,
lalu datang seorang lelaki bertanye pada aku
sama ada aku nie OKU
................
dengan pantas aku terus menganggukkan kepala,
dan terus memasuki parking.

Setelah masuk tempat parking,
aku membuka pintu kereta lalu keluar dengan
keadaan terhenjut2,
seperti OKU...lalu pergi meninggalkan tempat tersebut.

.................................

Tuk...tuk.....aku yang sedang mengelamun
tersentap dengan ketukan pada 
cermin kereta....
*itu hanyalah imaginasi aku jerkkkk...*

Aku dengan pantas menjawab
"saya bukan OKU" lalu mencari tempat parking
yang lain....

Maka hormatilah orang yang kurang upaya...
janganlah kita mengambil kesempatan
diatas kelemahan orang lain...

Camne aku boleh berimaginasi
sampai cam tue...


Friday, June 3, 2011

Contest Baby Bajet Comel

Salam....
Contest lagi...teruja giler nak join
walaupun tak penah menang dalam mana2 contest,
tapi untuk anak2 mama...
mama nak masukkan jugak korang contest...
kali nie contest baby bajet comel...


:

:

:

:

:
Nama : Nurul Batrisya Bt Azharulsaleh
Nama Panggilan : Arisya
Umur :8 Bulan
Tarikh Lahir : 18/10/2010
Aktiviti dia....campak2 barang...

Okeh....tue lah anak dara
kesayangan kami semua...comel ke???
semua ciptaan Allah sempurna belaka
ape pon terima kasih untuk Farah
sebab bukak contest nie..

So disini eida nak tag

* Qisha Qhairulnizam

* Murni Qaseh Kalsum

* Nurdalina Nordin

Good Luck My Prenzzzz.....

Monday, May 23, 2011

KL Gangster

Lagi sebuah filem terbaru daripada 
Shamsul Yusuf yang sanggup membuatkan dirinye tertekan
bagi mendalami watak Shark dalam 
filem ini.

Selain bergelar pelakon utama dalam filem itu,
Shamsul juga turut mengarah dan memerah idea dalam 
penulisan skrip KL Gangster disamping
sepupunya Mohd Rizal Ashraff.

Antara barisan pelakon yang menjayakan
filem ini adalah Aaron Aziz, Ridzuan Hashim, Adi Putra,
Zizan Raja Lawak, Shoffi Jikan, Sheera Iskandar & Adan Corrie
serta ramai lagi...

Filem kelima arahan Shamsul Yusuf ini
bakal ditayangkan pada 9jun ini di 90 buah pawagam,
di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

Semoga Filem ini mendapat sambutan
daripada para penonton yang menantikan filem aksi
hasil kerja anak muda yang semakin menyinar
bakatnya dalam industri filem.

-Good Luck-

Karnival Upin & Ipin


Karnival Upin & Ipin yang mendapat sambutan
pada tahun lepas di Melaka Wonderland, Kini Les' Copaque 
lagi sekali tampil dengan idea yang sama,
 bagi penganjuran Karnival tersebut pada tahun 2011
 dengan kerjasama stesen televisyen yang sinonim dengan jenama
upin dan Ipin,
Upin dan Ipin akan kembali untuk berjumpa peminat2nya
di Melaka Wonderland pada 28 & 29 Mei ini.

Menurut Pengarah Urusan Les'Copaque, 
Burhanuddin Mohd. Radzi, Karnival pada tahun lalu
telah menggamit seramai 30,000 pengunjung dan kali ini beliau
mensasarkan pengunjung seramai 60,000 orang.

Selain itu beliau turut menambah karnival dua hari itu
bakal gamat dengan dengan acara kemuncak iaitu 
Konsert Sahabat Selamanya
yang akan diadakan pada malam akhir karnival tersebut
pada 29mei.


Konsert tersebut akan lebih meriah dengan 
kehadiran Faizal Tahir dan artis jemputan dari indonesia
iaitu kumpulan padi.

Semoga pengunjung bergembira di karnival Upin dan Ipin...

jommmm.....kita pergi memeriahkannya...

Elyana buat peel


Baru2 ini agak kecoh jugak berita tentang Elyana nie,
apabila dia dikatakan sudah berubah,
bukan berubah kerana sudah bergelar isteri,
tetapi berubah peel....

Wakil FMC mencurahkan rasa kecewa apabila,
Elyana tidak hadir ketika majlis pelancaran singlenye
dilakukan dan menggunakan orang tengah
iaitu suaminye untuk menyatakan yang beliau tidak 
dapat hadir ke majlis tersebut.

Ape yang menyedihkan, 
ini bukanlah kali pertama Elyana berbuat demikian,
namun demi menjaga air muka Elyana,
penulis tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenainya.

Harapan peminat dan media hiburan,
agar Elyana dapat memperbaiki sikap agar tidak
disenarai hitamkan oleh pihak industri muzik.

Sunday, May 22, 2011

Sah Shahir Bercinta dgn Rozita Che Wan

Setelah setahun gosip tentang kisah percintaan
pelakon yang dulunya popular dengan drama susuk,
Rozita Che Wan dengan juara AF8 iaitu Shahir,
kini segalanya terjawab.


Meskipon banyak tentangan tentang hubungan cinta mereka,
namun perbezaan umur 16tahun anatara Rozita Che Wan dan Shahir
bukanlah menjadi halangan bagi mereka.

Pengakuan yang dibuat di Berita Harian itu,
turut menyatakan yang hubungan cinta mereka sudahpon diketahui oleh
pihak media,
namun demi menjaga hati ramai pihak,
mereka terpaksa merahsiakan ianya dari pengetahuan umum.

Apapon semoga hubungan yang terjalin,
berkekalan hingga ke jinjang pelamin hendaknya.
amin....




Saturday, May 21, 2011

Merawat pitam

Ada sesetengah orang yang kerap mengalami pitam,
mungkin disebabkan tekanan darah rendah,
dan pelbagai faktor lain.

Jadi apa kata kita cuba petua ini untuk
merawat permasalahn tersebut 

1. Ramas sedikit pucuk manis dengan air, embunkan semalaman,
pada keesokkan paginya lumurkan di kepala,
lakukan beberapa kali.

Ruam Bayi

Bayi biasanye tidak tahan dengan cuaca yang panas,
atau alah terhadap sesuatu barangan,
jika bayi anda menghadapi alahan gunakanlah petua ini.


1. Gunakan tepung ubi, pakaikan seperti bedak dibahagian yang terkena 
ruam, lakukan setiap kali selepas mandi.

2. Pakaikan bayi anda bedak sejuk ketika waktu siang, selain meredakan ruam
ia juga membuatkan kulit bayi anda halus dan lembut.

Luka Bersalin

Bagi Ibu-ibu yang lepas bersalin, petua untuk 
menyembuhkan luka dengan cepat adalah seperti berikut 


1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam,
gunakan air rebusan tadi untuk mencuci bhgian intim, lakukan setiap kali mencuci sehingga
luka tersebut pulih.

2. Ikan haruan dipotong 3 @ 4, direbus bersama halia beberapa biji lada hitam,
dan sedikit garam, juga sedap dibuat sup atau panggang untuk dimakan 
bersama nasi panas.

3. Campurkan biji kani, halia bara & akar kayu direbus hingga mendidih,
setelah suam, minum air rebusan tadi. Minum setiap hari.

4. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain direbus daun pegaga juga
boleh dibuat ulam, makanlah bersama lada hitam yang dicampur garam.

Bayi Kembung Perut

Kebiasaannya bayi mudah mangalami kembung perut,
cara untuk merawatnya:

Layurkan 2helai daun sirih,
kemudian barutkan pada perut bayi

Menghilangkan Batuk

Batuk akan menyebabkan kita berase senak perut
dan mengalami kegatalan kerongkong.
Apakata cuba petua ini :

1. Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam segela air suam.
Apabila kerak nasi tadi kembang, minum airnya.
amalkan setiap pagi.

2. Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat,
campurkan dengan air dan tapis untuk mendapatkan patinya yang pekat,
embunkan semalaman, kemudian minum sekurang2nya 2kali seminggu.

3. Campurkan 2sudu teh madu lebah dengan air suam,
kacau sebati dan minum 2x sehari.

4. Perahkan limau nipis kemudian dicampurkan dengan sesudu kicap,
minum 1x sehari.

Menambah Air Susu Badan

Jika anda mengalami masalah
kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin,
amalkan petua ini :

1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih.
Kemudian layurkan pada api sehingga layu, setelah suam tekapkan pada payudara,
lakukan setiap hari untuk mendapatkan hasilnya.

2. Rebus beberapa daun betik yang sederhana muda.
Kemudian minum air rebusan tersebut sebanyak 2 atau 3kali sehari.
 
3. Parut lobak putih sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam.
Minum 2 kali sehari.

4. Rebus jantung pisang dan makan dengan nasi, buat seperti ulam.

5. Perbanyakkan memakan buah kurma

Menghilangkan Selsema

Sudah tentu kita akan menjadi tidak selesa
dan kerja seharian kita akan terganggu akibat
selsema yang teruk.
antara langkah2 awal yang boleh kita ambil untuk mengelakkan
ianye terus melarat dengan membanyakkan
meminum air suam.
Kurangkan juga pengambilan makanan berminyak serta makanlah 
makanan yang mudah dicerna.
Selain itu ia juga boleh disusuli dengan
cara2 berkenaan, ia adalah perawatan selsema
untuk dewasa dan kanak2.

Bagi golongan dewasa :


1. Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia bersih.
2. Hancurkan batang sirih tadi sehingga ia mengeluarkan lendir.
3. Sapukanlah lendir tu kat hidung anda.
4. Ia bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ni.
Lakukan langkah2 diatas sehingga selsema
anda berkurangan.


Bagi bayi pula :


1. Ambil kunyit hidup dan bersihkannya.

2. Asah kunyit hidup tadi pada belakang batu lesung 
 
3. Sapukan hasil asahan kunyit tersebut pada batang hidung bayi

Ulang langkah tersebut sehingga bayi anda bebas
daripada selsema

Mengempiskan Perut

Ramai yang risau tentang perut mereka
terutamanye selepas bersalin,
tapi kita ada cara untuk mengatasinya,
ia sungguh mudah dan tidak memerlukan
perbelanjaan yang besar.

Yang penting ketika dalam pantang
pastikan kita memakai bengkung tidak kira
bengkung moden atau tradisional
kerana ia adalah salah satu cara untuk
mengembalikan parut ke bentuk yang asal.

Sebelum mengikat bengkung
pastikan kita menyapukan kawasan perut
dengan perahan limau nipis dgn campuran kapur sireh.
Insyaallah hasilnye sangat memuaskan.

Lakukan dengan kerap
selain menjaga pemakanan harian kita,
serta mendisplinkan diri.

Selamat mencuba....

Kain Alas Hidangan (Saprah)

Salam

Saya juga menerima tempahan untuk
kain alas hidangan
dengan pelbagai warna dan corak..



:

:

:



 :

:

:



:

:

:


Sebarang tempahan 
boleh menghubungi saya terus

Pn. Noorhaida
0175261417

Friday, May 20, 2011

Telekung Pelbagai Corak


 Salam...

Eida ade menjual telekung dengan pelbagai corak
dan warna
dengan saiz S,M, dan L

Awning bunga silver

:

:

:

Awning bunga pink

:

:

:

Awning bunga biru

:

:

:
Telekung Bunga Silver

:

:

:
Telekung Bunga Biru

:

:

:

Telekung Bunga Pink

:

:

:

Telekung Bunga Putih

:

:

:

Bunga Putih

Untuk Tempahan boleh menghubungi
Pn. Noorhaida
0175261417


Sunday, May 1, 2011

Hobi Suamiku

Hubby eida memang minat sangat2 memancing,
so dia telah korbankan sedikit wang
semata2 ingin memiliki sampannye sendiri,
mula2 eida memang bangkang,
tapi bila difikirkan balik daripada hubby menghabiskan
duit untuk bende lain, 
lebih baik dia memancing ade jugak yang didapatnye...

nie lah sampan my hubby...
yang disayang sangat...setengah orang minat kereta kan,
tapi hubby minat bot...

nie hasil tangkapannye...

:

:

:

:
memang besttttt...
dulu sebelum ade askar 2org nie memang eida selalu ikut hubby 
g memancing..
tapi sekarang dah tak blh nak join dah...

Tapi sekarang hubby dah tak turun ke laut,
sebab sebok ngan kerja,
dan bot nie hanya untuk disewaka,
pernah juga disewa olah kru jelajah joran pada tahun lepas...

ini barisan kru jelajah joran...

apepon eida tumpang gembira dengan ape yang
hubby usahakan...

moga berjaya dalam ape jua
yang hubby lakukan...



 good luck...


Friday, April 29, 2011

7bulan sudaaa....

Salam...
Lama sungguh tak update blog, sebok ngan arisya dan mohammad
yang tak berape nak sihat,
arisya sekarang dah 7bulan, 
genap je umur dia 7bulan dia dah boleh menjulur ke depan,
wahhh...bukan main ligat lagi dia,
tawaf satu rumah....


Seronok melihat perkembangan arisya,
walaupun agak lambat skit,
tapi tak kisahlah asalkan dia boleh buat semua tue,
setiap budak kan tak sama
perkembangannye....
so tak adillah klo arisya nak dibandingkan
ngan yang sebaya dengan dia.

Cuma nie jerk yang tak berapae nak boleh tahan....
.
.
.
tengok lah...
.
.
.

hah...nie dia...
klo dah anak perempuan tue perempuan jugak la,
klo dapat menangis,
nak tercabut atap2 rumah nie rasenye,
sensitip betullll...

apepon harapan mama,
moga arisya membesar dengan sihat,
asib demam je, risau dibuatnye....

Sayang anak2 mama....

Monday, April 18, 2011

Rindu Pada Kampung Halaman

Kampung halaman eida...
rindunye..dah hampir sebulan lebih tak balik,
perasaan tue tak tau nak kata,
sangat2 rindu terutama pada mama ngan abah.

Semenjak menjawat jawatan
menantu sulung nie, mase ngan kuarga eida memang takde,
walaupun eida tak bekerja, 
tapi tetap gak kene tunggu suami cuti,
tapi bila suami cuti kene balik kampung suami,
tue lah dia tggjawab yang memang 
tak pernah terlintas dalam fikiran, 
sebab tengok orang lain anak sulung jugak, 
tapi relaks jerk,
eida nak beriadah ngan kuarga sendiri pon 
tak berpeluang, kadang jeles woooo....

Tapi nak wat camne,
terpakselah eida redahhhhh gak kehidupan nie,
mana boleh nak wat tak tau bende nie,
soal hati dan perasaan tue..
hanya Allah je yang tahu bertapa berharganye
keluarga eida dalam hidup eida.



 Mama dah banyak berkorban
demi anak kesayangannye yang sorang ini,
tapi klo eida tak dapat jenguk walau sekejap
mesti hatinye akan terluka.

Walaupun mama tak penah kata ape2,
tapi kerinduan tue dapat eida gambarkan dari matanye,
mama memang tabah melalui hidup ini,
mama memang tak penah meletakkan 
tanggungjawab yang berat untuk anak2,
walaupun mama punye 2org anak lelaki tetapi mereka
punya kehidupan sendiri,
mama adalah seorang ibu yang memahami
susah senang anak2.

Abah juga begitu mengambil berat
tentang kehidupan anak2,
tak jemu2 memberi nasihat yang berguna pada kami
3beradik.....

"Mama Abah..walaupun Ayang tak berpeluang
membuktikan bertapa ayang sangat2 menyayangi Mama Abah,
mengertilah...hati ini tetap dekat pada Kalian,
takkan pernah jauh."



PASRAH Demi Cintaku Padamu

Ini adalah cinta hatiku 
yang berjaya memikat hatiku satu ketika dulu,
orangnye tak de lah sehensem Saiful Yusuf atau Dafi Af,
tetapi keikhlasan hatinye yang berjaya
menambat hati ini untuk memberinya peluang
bertakhta dihatiku ini.

Banyak yang aku pendam,
adakalanya hati ini agak memberontak pabila kesabaran itu 
seakan hilang,
namun bila memikirkan dialah insan yang aku pilih,
maka aku harus pasrah dengan semua ujian
yang datang.

Sebenarnya sebelum berkahwin,
aku tidak tahu pon yang suami aku nie ade beberapa
masalah yang dia sendiri tak perasan,
aku cuma menyelami permasalahan yang berlaku,
ternyata suamiku  kurang sedikit masalah
pendengaran dan ingatannye 
agak lemah akibat kemalangan yang hampir
menyebabkan kakinye hilang.

Ternyata tiada siapa pon dalam keluarganye
yang menyedari perkara tersebut,
kerana banyak perkara yang suamiku tak boleh nak ingat,
walaupun telah diberi pelbagai klu,
suami hanya boleh mengingati peristiwa yang baru2
sahaja...

Terkadang aku agak sedih...
Tapi mungkin ini ujian daripada Allah S.W.T
untuk aku harunginya dengan tabah.

Abang demi cinta yang kita bina ini,
ayang pasrah,
moga dirimu jua begitu...Love U So Much.



Sunday, April 17, 2011

Aku dan Memasak

Sebenarnye eida nie mase baru kawin...
langsung tak reti masak pon...
tapi beruntung sangat sebab en.hubby memang pakar lah bab memasak
banyaklah jugak yang eida belajar dari en.hubby.

Tapi kini setelah 5tahun berkahwin
alhamdulillah banyak ilmu yang eida cebok....
walaupun tak pro kan...tapi untuk suami tercinta tue,
kira lulus lah katanye..hehehe..
apepon eida gembira sebab en.hubby tak nah patahkan semangat eida
untuk terus belajar...

Yang penting kita kenelah ikhlas,
dan resipi yang harus ada ialah kasih sayang dalam setiap masakan,
insyaallah ia akan menjadi sedap,
walaupun menu tue tersangatlah simple.

waaaa...cakap pasal masakan nie..
terus lapar...nak makan dulu,
ayam percik dan ayam masak merah menu simple hari ini,
jom makan!!!



Saturday, April 16, 2011

Arisya moga cepat sembuh


Hari nie dah masuk hari ke 3
puteri eida nie demam, sedih sangat menatap wajahnye,
tak pernah lagi dia demam teruk cam nie,
biasa tue sehari dua o.k lah dia,
tapi kali nie memang cukup2 buat aku sayu.

Kebetulan mohammad masih kat umah nenek,
jadi eida boleh bagi perhatian penuh pada arisya,
harap2 arisya sembuh cepat ye sayang,
mama cukup2 trauma bila anak2 mama demam.

Cukuplah mohammad dulu penah masuk wad 
sebab demam panas...
eida tak nak ia terjadi pada arisya pula,
memang tak sanggup tengok.
Apepon eida harap sangat2,
moga arisya sembuh ye...
mungkin demam nak beralih bulan,
besok genap arisya 7bulan...
besar sudah puteri eida yang sorg tue.

Sayang bucuk2 mama...



Friday, April 15, 2011

Kata2 Hikmah....

"Sebhgian org merasa 'puas' & 'selesa' dalam jiwanya 
apabila dpt menyakitkan hati org lain sama ada dgn kata2, tulisan, sindiran dan jelingan. 
Bg golongan ini semcm satu hobi melemparkan kata2 yg diketahui boleh
'menyakitkan' targetnya. 
Jika sifat itu ada dlm diri, fahamilah hati individu tu SGT KARAT dgn dosa terkumpul bertahun2. 
Tanpa sgr diubah, ia bkl menjadi kegemaran harian yg memufliskan akhiratnya"


Kata2 ini eida petik dari seorang sahabat...
Kak Aziati Salehah
Maknanya sangat menyedarkan diri
Alhamdulillah....kini eida hidup dengan lebih tenang,
melupakan segala kisah lalu...

Hidup yang eida impikan...
jauh dari dengki khianat, dendam..
dan segala perasaan yang tidak baik terhadap insan lain...
moga hidup ini penuh dengan keberkatan
aminnn..







Thursday, April 14, 2011

CONTEST BABY COMEL


Teruja sangat nak join contest nie...

nama si kecil nie
Nurul Batrisya Bt Azharulsaleh
berusia 6bulan

So pada yang rase2 arisya nie comel
boleh lah Vote yerk...

senang jerk...g lah ke link bawah nie...

http://itsmeshielafirdaus.blogspot.com/2011/04/contest-baby-comel.html
Jangan lupa AFUNDI arisya...
Opsss...terlebih suda!!!!


Penakut sungguh....

Eida nie memang penakut...
sesangat2 lah, tak tau nak kata camne...
walaupun dah hampir 5tahun bergelar isteri,
tapi perasaan tue...Allah je yang tahu.

Kugagahi juga,
citer2 ngarut tue memang langsung tak nah tengok...
menangissss weyyy...
aparahhhhhh....ade ke nangis yerkkk...
orang lain dok tengok suspen bagai,
yang eida dok bawah bantal menyorok ketakutan...
anak bujang eida yang umur 4tahun tue lagi berani

Camne nak buat...

ishhh...ishhhh....boleh ke hilang perasaan tue...

semuanye diluar kawalan...datang secara otomatik..
harap2 boleh hilang lah yerkkkk...

klo ade petua2 untuk menghilangkan perasaan tue

silalah bagi tipsss....hehehehe...



yang nie lagi eida x boleh blaaa...

waaaa....tak tido malam den dibueknyoooo....

tulunnnn...tulunnnn....



Friday, April 1, 2011

Sebok sungguh.....

Salam...
Lama dah tak update blog,
rindu betul...

Mana tidaknye,
minggu nie sangat2lah seboknye, berlari2 ke sana sini,
Strt ari isnin, pagi2 dah balik ke Taiping sebab tok suami dah makin teruk,
so kene selalu2 lah tgk,
ngan anak2 demam plak, memang flat rasenye,
tapi yang paling sedih tak terhingga,
mohammad lah, smpai pecah mulutnye sebab kene tangan ngan aku,
perggghhhh...aku memang tak nah marah mohammad
sampai cam tue skali,
tapi sejak dua menjak nie aku tertekan sesangat,
tak sedar ape yang aku wat,
tak pasal2 mohammad jadi mangsa,
selalu tue klo aku marah pon, aku puk muntot dia jerk, 
pukul2 sayang tue biasalah, supaya dia tak ulang kesilapan tue,
tapi smpai seganas tue aku tak nah lagi,
aku pon tak ingat pasal ape hingga aku blh bertindak sebegitu rupa kat mohammad,
menyesal giler aku, pecah mulutnye, 
sampai demam2...aduuhhhhh....mohammad maafkan mama sayang,
mama betul2 tertekan dengan keadaan.

Dengan tok sakit,
anak2 plak demam, aku jadi tak tentu hala,
agak serabut kepala otak aku nie,
pas tue elok balik manjung, dengo plak Tok ayah (tok sedara suami)
masuk spital pasal patah tangan plak,
patah balik taiping....
memang penat sesangat rasenye,
aku tak tahan tengok tok ayah,
menitis air mata aku nie, sepanjang2 jalan aku nangis,
kecik jerk tok ayah tue,
halus sesangat orangnye, tak reti nak marah2 tapi nasib dia,
jatuh sbb kene tolak,
aku tak sanggup tengok tok ayah cam tue,
walaupun tok ayah ngan pah tue jaga suami aku tak lama mana,
tapi jasa dia besar pada suami aku.

Setiap kali balik tepeng,
aku mesti ajak suami aku melawat pah ngan tok ayah,
sebab mereka yang jaga suamiku dulu,
walaupun kuat pot pet pot pet,
aku tak kisah, tue memang sikap dia orang tua, aku abaikan jerk,
aku dah lah tak rapat ngan atok ngan nenek aku sendiri,
biasa2 jerk, dapat tumpang kasih ngan pah ngan tok ayah pon jadilah,
sebab tue aku tak tahan tgk tok ayah cam tue,
sebak rase dada.

Singgah gak umah MIL aku, 
dah MIL aku sakit tangan ngan demam plak,
sebab tak cukup tido ngan jaga tok yang sememangnya sakit,
pas tue menunggu berita tentang ayah saudaranye tue(tok ayah),
dengan keje lagi, sampai demam2.

Sian lah plak,
aku ikut suami, suami ajak balik, aku balik,
walaupun badan sekeping aku nie agak kelesuan dengan menjaga anak2,
berlari ke sana sini,
tapi aku gagahkan jugak....

Moga tok ayah ngan pah tabah melalui hidup nie,
dan moga mak cepat sembuh....
anak2ku moga cepat sihat yerk...



nuffnang