Saturday, March 12, 2011

Amaran Tsunami bergema di pasifik

Foto 
Berita hari ini, AMARAN tsunami dikeluarkan di seluruh Pasifik kecuali tanah besar Amerika Syarikat dan Kanada selepas gempa bumi dengan kekuatan 8.9 skala Richter melanda Jepun semalam, kata Pusat Amaran Tsunami Amerika.

Pengawal pantai Taiwan memindahkan sejumlah kecil penduduk di bahagian timur awal semalam dan menjelang 1105 waktu tempatan, biro cuaca pusat menarik balik amaran tsunami mengatakan ia menjangka ombak setinggi 10 sentimeter menyerang, berbanding 50 sm yang diramalkan sebelumnya. 
Agensi pertahanan awam Hawaii mengarahkan semua penduduk di kawasan pantai dipindahkan termasuk hub pelancong utama di Honolulu dipindahkan menjelang jam 2 pagi waktu tempatan. Ombak tsunami pertama dijangka menyerang Hawaii jam 3 pagi waktu tempatan.
Beratus penduduk di kawasan pantai di tiga wilayah utara Filipina mula berpindah ke tempat tinggi selepas kerajaan menaik taraf amaran tsunaminya, walaupun tiada arahan rasmi pengosongan.
Pulau Marshall, satu rangkaian kepulauan kecil Pasifik, sudah bersiap sedia dengan ancaman tsunami, dijangka melanda jam 11.30 malam waktu tempatan.

Astaghfirullah....ape lah nasib saudara mara kita yang berada di Jepun,
panjatkan lah doa pada yang Maha Esa agar mereka berada didalam keadaan selamat.
Memang kita ketahui Jepun salah satu negara yang kejam, namun bukan semua begitu,
jadi kita sebagai umat islam, janganlah sesekali gembira diatas musibah yang melanda negara tersebut,
kerana kita tidak tahu apa akan jadi dengan nasib kita kelak....

Ini semua adalah petanda bahawa kiamat sudah makin hampir dengan kita,
janganlah kita terlalu leka dan alpa dengan keduniaan,
hingga mengabaikan hidup kita yang tidak kita ketahui berape juta tahun diakhirat kelak...
oleh itu sama2 lah kita berdoa, moga negara kita dilindungi dari sebarang bencana...

Nauzubillah....allahuakbar....

0 comments:

nuffnang