Bagi yang sedar kamu memiliki sifat cemburu buta, sebaiknya carilah jalan untuk kikis perasaanmu itu. Hidup kamu pasti tidak akan gembira anainya terus diselubungi dengan rasa cemburu. Sekiranya tidak tahu bagaimana untuk mengikis perasaan tersebut, ikuti panduan yang saya berikan.
· * Terima hakikat bahawa sifat cemburu yang ada dalam diri kamu adalah masalah kamu sendiri dan kamu bertanggungjawab mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yang boleh membuat kamu cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dalam apa bentuk situasi pun. Ingat, pilihan terletak pada diri sendiri, bukannya orang lain.
· * Hormati perasaan pasangan kamu. Seperti kamu, dia juga mempunya hak untuk menilai kecantikan/lelaki lain. Jika kamu dapat melakukannya, kamu sudah dapat mengatasi sifat cemburu.
· * Tiada siap suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi, teruk sangatkan kesannya kepada diri kamu. Kamu mungkin sedih, kecewa dan marah untuk sementara waktu sahaja tetapi tidaklah sampai mati. Lambat laun kamu akan dapat mengatasinya juga.
· * Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kamu memang seorang yang cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.
· * Tuliskan apa perasaan kamu bila kamu merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa Malu? Rasa bersalah? Adakah kamu ingin meneruskan hidup dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat2lah berubah.
· * Cuba fikirkan bagaimana cemburu kamu meledak. Adakah adil kamu menyisihkan pasangan kamu daripada orang lain? Teruk sangatkan dia bila dia senyum pada seorang wanita atau lelaki lain? Tidakkah kamu sendiri pun pernah tersenyum pada wanita atau lelaki lain.
· * Bina keyakinan diri. Kamu mungkin berasa tidak selamat jika selalu bergantung dengan si dia. Luaskan persahabatan dengan orang lain.
· * Jika rasa cemburu kamu sedang memuncak, bayangkan apa yang akan terjadi jika kamu melepaskannya kepada si dia. Contohnya jika si dia dinaikkan pangkat dan mempunyai seorang setiausaha yang cantik atau tampan, kamu sepatutnya mengucapkan tahniah dan bukannya menyindir. Jika dia ingin curang dengan sesiapa, dia tetap akan buat tidak kira sama ada kamu cemburu ataupun tidak. Cemburu tidak akan dapat menghalang meraka.
Jadi fikirkanlah apakah kebaikan dan keburukan jika kamu terlalu cemburu, kawal diri kamu, jangan terlalu menunjukkan kelemahan kamu.
1 comments:
Hai Eida, KC BW sini. KC ada seorg kwn yg cemburu buta tahap 'gila' sampaikan dia memiliki syak wasangka yg tinggi dgn asben dia, dgn abah dia. Btl2 cemburu buta dia tu sampaikan kalau ada function ofis kitorg, asben dia tak berani angkat muka pun walaupun duduk semeja sbb takut nnt wife dia cemburu. Haishhh .. kronik betul tahap cemburu kwn KC tu.
Post a Comment