Saturday, March 12, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN

Kawan2...ape lagi klo tertarik silalah join
meh eida nak menjawab soalan En.Ben
.........""..........

1. Dalam memberi pendapat dalam entri , apakah blogger lelaki benar benar ikhlas ?
   Ikhlas, sebenarnya susah untuk kita mengetahui sama ada setiap pendapat yang lelaki wat ikhlas atau tidak, sebab keikhlasan tue terletak pada hati masing2, kita sebagai pembaca sukar untuk menilainya hanya dengan membaca pendapat tersebut, tetapi bagi eida, lelaki nie susah nak simpan2 ape yang terpendam, dan ape yang mereka catatkan adalah lahir dari dalam diri mereka. Biasanya pendapat yang mereka beri adakalanya agak kasar dan menyentap hati, tetapi itulah mereka.


2. Blogger lelaki malu nak letak gambar ? Kenapa ?
   Memang kebanyakkan lelaki susah nak tonjolkan diri mereka, berbanding wanita, sebab yang paling ketara mereka menyatakan yang mereka segan untuk ditonton oleh orang ramai, jadi mereka lebih tertutup. Karakter setiap lelaki berbeza,  ada juga yang suka menonjolkan diri mereka sewaktu berblog, namun tidak semua begitu, mereka lebih kepada penyegan.

3. Pada pendapat anda , kenapa lelaki berblog ? Secara umum ..
    Pada eida, lelaki berblog lebih kepada urusan perniagaan atau lebih kepada berkongsi hobi mereka, contohnya jika seseorang lelaki itu meminati hobi memancing, jadi mereka akan bercerita soal hobi tersebut, dan akan mencari teman2 yang sama minat dengan mereka untuk berkongsi ilmu tentang minat tersebut.

4. Blogger lelaki lebih mudah dapat ramai follower berbanding perempuan ? Kenapa ?
   Sebenarnya pada eida, follower lebih memilih en3 yang menarik dalam sesebuah blog untuk mereka follow, tidak mengira jantina atau umur, kebiasaan blog lelaki yang ramai follower mereka terdiri daripada perempuan adalah bergantung kepada en3 mereka yang menarik dan tidak membosankan, serta lelaki ini lebih banyak berjenaka didalam setiap en3 mereka menyebabkan kaun wanita lebih terhibur membaca en3 tersebut.


5. Blog lelaki yang anda wajib masuk setiap hari ..
    Blog wajib masuk setiap hari, biasanya eida akan follow blog dunia pancing & Wan wma, nak kata wajib sangat tue tidak lah, tapi akan masuk bila dah mula berblogging. Kenape eida suka sebab eida minat memancing dan suka sangat mempelajari perkara baru dan dapat nasihat2 yang bernas dari mereka.

6. Jika anda blogger lelaki , apakah yang akan anda letak dalam blog anda ..
   Klo eida sebagai blogger lelaki, sudah pastinya eida akan menempekkan gambar2 ikan hasil pancingan eida atau kereta yang menjadi idaman, tidak lupa juga  gambar pasukan Bola Sepak Malaysia yang menjadi kebanggaan. Selain itu eida juga nak tempek gadget2 yang menarik.

Sekian sudah En. Ben
Alhamdulillah terjawab segala persoalan mengenai
Blogger Lelaki Vs Perempuan
segala jawapan adalah lahir dari hati

pada sesiapa yang nak join..jangan malu2
Klik sahaja

4 comments:

Pak Aji said...

salam kenal.. dtg dr blog abg ben.. segmen panas!! hehe

solomolo said...

tue dia ehh...
macam-macam jawapan kuar...
ala, tak reti pancing ikan...
kalo beli ikan kt pasar. pastu p0st kt bl0g b0le tak ?


salam ziarah dari segmen panas Abg Ben...

Anonymous said...

Salam singgah dri blog En.BA =)

.:princess arisya:. said...

Terima kasih kerana sudi singgah yek...yang mana2 sudah singgah tue, ape kata follow skali...tq

nuffnang