Tanda-tanda orang yang cemburu buta…selidik dan semak sama ada tanda-tanda tersebut ada pada si dia ataupun tidak.
· Setiap hari si dia pasti akan menelefon kamu beberapa kali dan marah apabila kamu tidak ada atau tidak mengangkat telefon
· Si dia sering kali menuduh sesuka hati bahawa kamu telah keluar dengan lelaki atau wanita lain.
· Si dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kamu.
· Si dia mengugut akan membunuh diri jika kamu meninggalkannya.
· Setiap masa si dia hanya mahu kamu sentiasa bersamanya dan marah walaupun kamu keluar dengan teman2 sekerja.
· Si dia tidak suka pergi ke parti atau majlis social kerana bimbang lelaki dan wanita lain tertarik kepada kamu.
· Sekiranya ada tindak tanduk kamu yang mencurigainya si dia akan menyoal kamu seperti polis pencen.
· Jangan terkejut bila si dia menggeledah bes tangan dan beg duit kamu untuk mencari bukti sama ada kamu bermain kayu tiga biarpun hakikat sebenarnya kamu tidak pernah curang padanya.
Tips kawal pasangan cemburu
· Jika si dia mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarkkan kemarahannya. Tunggu sehingga dia reda.
· Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati kamu. Mungkin ini sifat semula jadinya dan jangan ambil hati.
· Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan diri. Puji si dia jika perlu, minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta kamu. Tunjukkan kamu menyayanginya walaupun dia tidak sama seperti orang lain.
· Berbincang dengan si dia tentang perasaan cemburunya.
· Jika kamu telah berusaha sedaya upaya dan pasangan tetap tidak boleh mengawal perasaan cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan hubungan kamu berdua.
2 comments:
awas.... memang menakutkan kalau dapat orang cemburu butani...
sebijik mcm opismet KC. asben dia mandi, dia check henfon, chek wallet. Asben dia bwk pen gi keja, dia mula pk yg bkn2. gila la org camni.
Post a Comment