Saturday, March 26, 2011

Ku Pendam sebuah Duka

Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyayang, 
walaupun adakalanya memeningkan kepala,
tapi aku tak kisah asalkan dia benar2 sayangkan aku.

Tapi banyak yang aku tak cerita pada suami aku,
tambah2 masalah aku mase belajar dulu kan, sebab suami aku
bukan jenis yang amik port bende2 gini, dia malas nak 
pk masalah remeh temeh, pada dia, dia dah cukup matang.

Dalam seminggu yang lepas, 
aku dah terbuat satu kesalahan yang tak disengajakan, sumpah
memang aku tak sengaja, untuk ape aku buat bende2 tak
berfaedah tue, aku dah nekad aku tak nak bende2 nie berulang,
actually mase zaman2 kolej dulu aku ade selisih faham.,
pada aku bende tue dah lepas, klo nak salahkan aku pon,
tak de plak aku kata aku tak terima,
selama nie pon klo aku buat salah, insyaallah aku akan ngaku salah aku,
aku mintak maaf...
aku bukan jenis manusia yang baling batu sorok tangan,
aku bukan jenis cam tue,
sekecil mana pon salah aku, aku akan cepat sedar,
tapi ari tue ntah camne bende yang aku tak nak jadi boleh jadi jugak.

Perghhhhh.....memang sedih giler,
yang paling aku sedih sebab orang yang selama ini aku percaya,
yang aku simpan rahsianya sampai sekarang,
walaupun tak de lah ape rahsia sangat,
tapi demi kejujuran dan kepercayaan aku padanye,
aku tak nah terniat nak khianati hubungan persaudaraan tersebut,
pada aku, aku sayang sangat hubungan tue.

Tapi nak wat camne, 
memang aku sedih sangat2, siang malam aku nangis,
hati aku bagai dicarik2, bende tue memang aku tak sengaja langsung,
klo kene naik court pon soh aku pegang Al-Quran suruh aku
angkat sumpah pon aku rela,
langsung aku tak sengaja, tapi nie lah nasib aku,
dah nama pon orang penah wat salah, terpakse lah terima 
hukuman nie.

Sangat2 berat untuk aku terima,
sebab aku sayang sangat2 hubungan tue,
aku bahagia sebab ditemukan ngan dia,
haruskah aku tangisi semua ini.

Ya Allah,
Tabahkanlah hati hambamu ini dalam melalui semua ini,
Ampunkanlah segala dosa2 insan sekelilingku,
sesungguhnya aku tidak pernah berdendam dengan sesiapa,
Biarlah aku tanggung kesedihan ini,
namun jangan lah jatuhkan sebarang hukuman kepadanya,
aku rela hati ini dilukai,
kerna ini yang patut aku terima akibat dosa silamku.

Apepon moga aku mendapat rahmat disebalik semua yang berlaku,
mungkin ade hikmah disebalik semua ini,
aku harus redha...
cuma aku kesal kerana aku tak nah lagi kotori hubungan
yang terjalin hampir 5tahun tue,
tetiba begini yang jadi.
Dalam sekelip mata semuanya hancur.....

Amponkan hambamu ini ya Allah.....
Jika ini yang terbaik untukku, 
lapangkanlah jiwaku untuk meneruskan hidup ini.

Apepon yang nak dikatakan baik buruk tentang aku
aku tetap sayangkan hubungan tue,
aku takkan biarkan ianya hancur
disebabkan perkara sebegini.
Aku tak sanggup kehilangan orang yang aku sayang.
Pada aku dialah kakakku.
Dunia akhirat.


Thursday, March 24, 2011

Precious Humairah In The House



Sesape nak join jangan keberatan,
klik sahaja link diatas....


Nama Anak : Mohammad Khaziq Fahmi B. Azharulsaleh

Tarikh Lahir : 18.10.2007

Umur : 3Tahun 6Bulan


Tugas eida dah selesai
jadi eida nak tag kawan2 eida plak....

Qisha Qhairulnizam

Siti Yosnani

Hana Maria


Thanks To Murni Qasih Kalsom
sebab sudi Tag eida

Tuesday, March 22, 2011

Hobi Cucu Kesayangan Atok



Salam....

Lama dah tak update...maklomlah en.asben cuti 6ari, so pulang ke kampung aku
then pulang ke kampung mertuaku...

sepanjang aku dikampungku,
inilah aktiviti cucu kesayangan atok Din.....
ape je cucu nie nak sume atok layankan jerk...

agak2..ape yang dibuatnye yek...
.
.
.

haaa....nie la keje diaaaa....

.
.
.
sampai baper biji bot atoknye belikan...
gara2 cucu yang sorg nie...

.
.
.
aiiii....cucu...cucu...
.
.
.
asalkan jangan mohammad yang mandi sudahhh...
.
.
.
macam tue lah klo dah atok yang bela dari kecik,
semua kehendak cucu diturutkan...
tue baru sikit...ade banyak lagi yang tak sempat nak kongsikan.





Thursday, March 17, 2011

MADU Pahit atau Manis


Bila berkata soal madu,
ramai wanita yang membenci, sanggup diceraikan dan pelbagai
lagi andaian mengenai perkara ini.

Eida juga wanita biasa, 
punya hati dan perasaan yang ingin disayangi,
tapi kita terpaksa berbalik kepada hukum Tuhan,
kerana islam telah memberi hak kepada lelaki
untuk berkahwin lebih dari satu,
jika kita menentang, sama juga kita menentang 
hukum Tuhan.

Eida bukan lah nak menyokong poligami,
tetapi bila isu ini berbangkit sahaja,
rumah tangga jadi kucar kacir,
perang dunia ke 3 pon meletus ,
sedangkan sebelum itu rumahtangga
cukup aman dan bahagia.

Memang pahit untuk kita telan,
tetapi sanggupkah kita melihat anak2 hilang 
kasih sayang dari seorang ayah disebabkan kekerasan hati kita,
tidak sanggup untuk dimadukan dengan sebab
takut kasih berbagi dua.......

Suami adalah pinjaman,
bukan lah hak kita seorang, jadi bagaimana untuk kita mengatakan
suami itu hak kita dan tak boleh dikongsi2...
syurga wanita sebelum berkahwin adalah dibawah tapak kaki ibu,
tetapi bila sudah berkahwin syurga terletak dibawah tapak kaki suami,
berdosa apabila isteri menuntut cerai dari suami
melainkan isteri itu diceraikan.

Tetapi kita kene ingat, 
suami itu milik ibu bapanya, dan juga tetap kekal milik
keluarganya walaupun sudah berumahtangga.
Jadi terang2 suami adalah pinjaman
untuk kita.

Alhamdulillah jika kita dapat suami yang setia,
sampai mati pon cintanya untuk kita,
namun jika dipertengahan jalan,
hatinya mula berubah.
ia sudah lumrah dunia,
kerana nafsu wanita 1,manakala akal 9,
lelaki pula akalnya 1 dan nafsunya 9.

Jadi itu lah sebabnya 
Allah telah menetapkan lelaki boleh berkahwin lebih dari satu,
sekarang pula zaman sudah akhir, 
wanita lebih ramai dari lelaki.

Sebelum membuat sebarang keputusan,
fikirkanlah jalan yang terbaik, 
memang sukar untuk kita terima insan lain dalam rumahtangga kita,
tetapi ia menjadi harus jika suami kita mampu dr segi zahir dan batin,
dan jatuh haram jika suami kita tidak mampu memenuhi
syarat poligami tersebut.

Islam ini adil,
Jadi pada wanita2 sekalian,
janganlah terlalu cepat melatah dengan perkara ini,
tidak semua madu itu pahit, 
ia manis jika kita mampu mengawalnya.

Renungkanlah supaya kita tidak jatuh dari landasan yang sebenar....

Wallahualam...

Wednesday, March 16, 2011

Contest Photo Anakku Ceria


Eida sungguh teruja nak join contest Photo Anakku Ceria
mana tak terujanye 
besok genap lah umur anak dara eida nie
6bulan....dia memang ceria..
Ceria ke????
.
.
.
tadaaaaaaaa
Nama Ibu : Noor Haida Bt. Kamaruddin
Nama Anak : Nurul Batrisya Bt. Azharulsaleh
Umur : 6Bulan 


Settle sudahhh....
jadi eida berbesar hati lah nak tag kawan2 eida...
kita tengok sapa yang kenaaa....

Aziati Salehah
Tina Othman
Oshin Jamel

kawan2...jangan lupa
join tau....
Klik lah bawah niee....





"Contest Photo Anakku Ceria"


Salam...
waaaa...terujanye nak join contest anakku ceria nie...
eida nie tak de lah pakar sangat nak amik gambar,
tapi boleh lah, 
bukan ape, kadang elok2 tengah nak amik gambar,
lambat plak...hehehe...

tapi nie lah hasilnye
.
.
.

tadaaaaaaaa

Nama Ibu : Noor Haida Bt. Kamaruddin
Nama Anak : Mohammad Khaziq Fahmi B. Azharulsaleh
Umur Anak : 4tahun


tugasan eida sudah selesai...
jadi eida nak tag rakan2 eida...

Qisha Qhairulnizam
Murni Qasih Kalsum
Siti Yosnani

kawan2 yang berminat boleh 
Klik bawah nie...
http://farshidhanin.blogspot.com

AL FATIHAH atas pemergian baby kpd pasangan Sharifah Zuraini & Mohd Shafaez


Salam takziah untuk kak ninie sekeluarga diatas pemergian
baby beliau yang baru dilahirkan malam tadi,
pemergian bayi tersebut sejurus sahaja dilahirkan di Pusrawi
Kuala Lumpur.
Menurut si ibu, kelahiran ini telah lewat 5 hari,
Ini adalah kelahiran cahaya mata yang kedua beliau yang dinanti2kan selama ini,
namun arwah tidak lama lahir kedunia,
Allah lebih menyayangi arwah dan mungkin ada hikmah
disebalik yang berlaku.

Moga pasangan ini tabah melaluinye,
yang pasti ada Putera/Puteri kecil yang sedang menantikan Ibunya
disyurga kelak....

Al-fatihah....


Tuesday, March 15, 2011

Arisya Maafkan Mama Sayang....


Salam.....
Hari nie memang buat aku berduka dan rase bersalah yang 
teramat sangat kat arisya...lagi 2ari
genaplah arisya 6bulan,
sejak 3,4ari nie arisya asib merengek jerk,
mana taknye, baru baik demam, pas tue kene batuk ngan selsema plak,
so dia asib memerap jerk, merengek....sian betul aku tengok...

Tapi malang tak berbau...
semalam en.asben belikan arisya buaian, 
katanye senang aku nak wat keje, klo arisya nak tido,
enjut2 jap dia tido la, klo tak de buai nanti aku nak kene layan plak,
aku selama nie memang tak nak sangat2 arisya tido buai,
sebab aku takut sgt2 buai tue jatuh ke, macam2 leh jadi lah...
aku jadi trauma camne ntah...

Bende yang aku takut sangat2 jadi jugak,
tadi elok2 aku dok enjut arisya nak tidokan dia...
dalam sekelip mata...kecepekkkkk....
buaian arisya jatuh....
Arisyaaaaaaaa......takutnye mama...
menjerit sekuat2 hati arisya tadi, 
nak luruh jantung aku dibuatnye, 
meraung sekuat hati dia tadi sampai tertido..

Astaghfirullah...
mudah2an arisya tak ape2,
aku takut sangat, en. asben kata aku enjut kuat sgt...
padahal aku nak enjut pon takut, ape lagi nak kuat2...
memang berderai air mata aku tgk arisya,
siannye anak mama....

Maafkan mama sayang....

Monday, March 14, 2011

SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA


Jika anda blogger PEREMPUAN:

1. LELAKI pilihan anda ?

Pada eida lelaki pilihan eida yang sangat mementingkan soal Agama, bertanggungjawab dan boleh memimpin keluarga, adil, memiliki akhlak terpuji dan berakhlak mulia. Kerana Lelaki adalah ketua keluarga, sebagai ketua haruslah memiliki sifat2 yang meyakinkan untuk menjadi pemimpin.

2. Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?

Lelaki Seksi yerkkk....pada eida tak perlu lah lelaki seksi, cukup sekadar sedap mata memandang, smart dan berperwatakan menarik. Pada eida seksi seorang lelaki tue terletak pada cara dia bercakap dan mungkin juga pada senyumannye, sebab lelaki nie mahal dengan senyuman, tapi bila tersenyum tue....mak aiiihhhh....boleh cairrr...

3. LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?

Tidak semua lelaki begitu, banyak faktor yang menyebabkan lelaki berubah, contohnya bila sudah berumahtangga mungkin mereka lebih menumpukan urusan kerja, kerana kini tanggungjawab mereka makin berat, mereka sekarang hanya berfikir camne nak tingkatkan pendapatan untuk perbelanjaan seisi rumah, jadi sebagai isteri kenelah memahami situasi tue.

4. Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?

Bermadu?? pada eida madu itu manis jika kita pandai menjaganya, terima dengan hati yang ikhlas namun akan pahit apabila kita menganggapnye hempedu yang pahit untuk kita telan. Mungkin kerana kita tidak boleh terima bahawa kasih sayang suami akan berbagi dua.

5. Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ?
 Apa yang akan eida lakukan adalah berjumpa dengan wanita tersebut secara baik, melenting???eida bukan jenis yang senang melenting dengan perkara tersebut, sebab lelaki akan jadi takut jika perempuan mudah melenting, so berfikiran terbuka lebih baik.

6. LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?

Curang?? pada eida ia sesuatu yang subjektif, sukar untuk kita kenal pasti sama ada lelaki atau wanita yang mudah berlaku curang, semua tue terletak pada hati, sebab sekarang nie lelaki dan wanita dah sama naik, dua2 sudah pndai untuk curang....nauzubillah...apepon kita balik kepada ajaran Agama kita lah yek...sukar untuk kita nilai semua nie, kene tepuk dada tanya iman...

7. SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??
Setia, nie pon susah nak jawab nie, tapi pada eida peratusan kesetiaan tue boleh dikatakan wanita lebih setia mungkin 70% (wanita) 30% (lelaki)....waaahhhh...pandai2 jerk wat peratusan gitu yek...tapi boleh dikatakan begitu lah...tengok saje lah, klo misal isteri menghidap penyakit seperti lumpuh atau penyakit2 berbahaya seperti kanser, lelaki yang betul2 setia menemani isteri tue jarang sesangat, tetapi klo suami yang ada dalam keadaan tersebut, isteri sanggup menemani suami, berkorban demi suami. Pada pandangan eida lah yekkk....

8. Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?
Cemburu?? bagi eida cemburu tue memang harus ada pada setiap wanita, cemburu tue kan tanda kita sayang pada pasangan kita, tapi cemburu haruslah bertempat, jangan cemburu buta, kerana ia akan buatkan kita sendiri yang sakit. So cemburu tue haruslah bertempat dan berpada.


Wokeyyyy...keje rumah dah siap 
Cikgu Ben...
Harap dapatlah kiranya Cikgu Ben memberi markah
yang selayaknye...

Tq..

SmileY BaggY GiveawaY

EIDA teruja lah sesangat nak masuk GA nie,
sebab eida tak nah lagi join memana GA sebelum nie...
mana lah tahu ade rezeki, boleh menang hadiah kan...
dari cheqppjoy.com gitu....


syarat-syarat penyertaan:

1.jadi follower cheqppjoy.com
Pollow dah !!
SETTLE!

2.add smiley baggy II sebagai friends korang dekat facebook. untuk join GA ni, peserta wajib ada blog and facebook.
SETTLE!

3.buat 1 entry tentang giveaway ni dengan tajuk "SmileY BaggY GiveawaY"
SETTLE!

4.tag kepada 4 orang kawan2 korang..kalau nk tag lagi ramai pon xpe..kurang xboleh ye.paling penting make sure diaorg tau pasal giveaway ni..
ingin tag 4orang jerk...


Qisha Qhairulnizam

5.letak banner GA dekat sidebar blog korang dan linkkan ke entry ni.
yes...sudah...!!
SETTLE!

6.bila da selesai, sila tinggalkan link entry korang di komen entry ni beserta dengan id facebook anda untuk fy check.
SETTLE!


Eida punye tugas settle sudah...
kawan2 ape lagi...
jomlah join skali...mana tau nanti boleh dapat hadiah menarik..
handbeg gituuu..siap boleh pilih sendiri...
semoga kawan2 pon boleh dapat hadiah tu,
good luck!!!

untuk maklumat lanjut sila lah 
Klik http://www.cheqppjoy.com/2011/02/smiley-baggy-giveaway.html

Saturday, March 12, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN

Kawan2...ape lagi klo tertarik silalah join
meh eida nak menjawab soalan En.Ben
.........""..........

1. Dalam memberi pendapat dalam entri , apakah blogger lelaki benar benar ikhlas ?
   Ikhlas, sebenarnya susah untuk kita mengetahui sama ada setiap pendapat yang lelaki wat ikhlas atau tidak, sebab keikhlasan tue terletak pada hati masing2, kita sebagai pembaca sukar untuk menilainya hanya dengan membaca pendapat tersebut, tetapi bagi eida, lelaki nie susah nak simpan2 ape yang terpendam, dan ape yang mereka catatkan adalah lahir dari dalam diri mereka. Biasanya pendapat yang mereka beri adakalanya agak kasar dan menyentap hati, tetapi itulah mereka.


2. Blogger lelaki malu nak letak gambar ? Kenapa ?
   Memang kebanyakkan lelaki susah nak tonjolkan diri mereka, berbanding wanita, sebab yang paling ketara mereka menyatakan yang mereka segan untuk ditonton oleh orang ramai, jadi mereka lebih tertutup. Karakter setiap lelaki berbeza,  ada juga yang suka menonjolkan diri mereka sewaktu berblog, namun tidak semua begitu, mereka lebih kepada penyegan.

3. Pada pendapat anda , kenapa lelaki berblog ? Secara umum ..
    Pada eida, lelaki berblog lebih kepada urusan perniagaan atau lebih kepada berkongsi hobi mereka, contohnya jika seseorang lelaki itu meminati hobi memancing, jadi mereka akan bercerita soal hobi tersebut, dan akan mencari teman2 yang sama minat dengan mereka untuk berkongsi ilmu tentang minat tersebut.

4. Blogger lelaki lebih mudah dapat ramai follower berbanding perempuan ? Kenapa ?
   Sebenarnya pada eida, follower lebih memilih en3 yang menarik dalam sesebuah blog untuk mereka follow, tidak mengira jantina atau umur, kebiasaan blog lelaki yang ramai follower mereka terdiri daripada perempuan adalah bergantung kepada en3 mereka yang menarik dan tidak membosankan, serta lelaki ini lebih banyak berjenaka didalam setiap en3 mereka menyebabkan kaun wanita lebih terhibur membaca en3 tersebut.


5. Blog lelaki yang anda wajib masuk setiap hari ..
    Blog wajib masuk setiap hari, biasanya eida akan follow blog dunia pancing & Wan wma, nak kata wajib sangat tue tidak lah, tapi akan masuk bila dah mula berblogging. Kenape eida suka sebab eida minat memancing dan suka sangat mempelajari perkara baru dan dapat nasihat2 yang bernas dari mereka.

6. Jika anda blogger lelaki , apakah yang akan anda letak dalam blog anda ..
   Klo eida sebagai blogger lelaki, sudah pastinya eida akan menempekkan gambar2 ikan hasil pancingan eida atau kereta yang menjadi idaman, tidak lupa juga  gambar pasukan Bola Sepak Malaysia yang menjadi kebanggaan. Selain itu eida juga nak tempek gadget2 yang menarik.

Sekian sudah En. Ben
Alhamdulillah terjawab segala persoalan mengenai
Blogger Lelaki Vs Perempuan
segala jawapan adalah lahir dari hati

pada sesiapa yang nak join..jangan malu2
Klik sahaja

Amaran Tsunami bergema di pasifik

Foto 
Berita hari ini, AMARAN tsunami dikeluarkan di seluruh Pasifik kecuali tanah besar Amerika Syarikat dan Kanada selepas gempa bumi dengan kekuatan 8.9 skala Richter melanda Jepun semalam, kata Pusat Amaran Tsunami Amerika.

Pengawal pantai Taiwan memindahkan sejumlah kecil penduduk di bahagian timur awal semalam dan menjelang 1105 waktu tempatan, biro cuaca pusat menarik balik amaran tsunami mengatakan ia menjangka ombak setinggi 10 sentimeter menyerang, berbanding 50 sm yang diramalkan sebelumnya. 
Agensi pertahanan awam Hawaii mengarahkan semua penduduk di kawasan pantai dipindahkan termasuk hub pelancong utama di Honolulu dipindahkan menjelang jam 2 pagi waktu tempatan. Ombak tsunami pertama dijangka menyerang Hawaii jam 3 pagi waktu tempatan.
Beratus penduduk di kawasan pantai di tiga wilayah utara Filipina mula berpindah ke tempat tinggi selepas kerajaan menaik taraf amaran tsunaminya, walaupun tiada arahan rasmi pengosongan.
Pulau Marshall, satu rangkaian kepulauan kecil Pasifik, sudah bersiap sedia dengan ancaman tsunami, dijangka melanda jam 11.30 malam waktu tempatan.

Astaghfirullah....ape lah nasib saudara mara kita yang berada di Jepun,
panjatkan lah doa pada yang Maha Esa agar mereka berada didalam keadaan selamat.
Memang kita ketahui Jepun salah satu negara yang kejam, namun bukan semua begitu,
jadi kita sebagai umat islam, janganlah sesekali gembira diatas musibah yang melanda negara tersebut,
kerana kita tidak tahu apa akan jadi dengan nasib kita kelak....

Ini semua adalah petanda bahawa kiamat sudah makin hampir dengan kita,
janganlah kita terlalu leka dan alpa dengan keduniaan,
hingga mengabaikan hidup kita yang tidak kita ketahui berape juta tahun diakhirat kelak...
oleh itu sama2 lah kita berdoa, moga negara kita dilindungi dari sebarang bencana...

Nauzubillah....allahuakbar....

Friday, March 11, 2011

Tsunami Di Jepun ekoran gempa

Baru menerima berita tentang Tsunami yang melanda jepun....nauzubillah...meremang bulu roma bila mendengar berita tersebut. Kawan2....banyak2kan berdoa dan minta perlindungan daripada Allah S.W.T. mudah2an kita rakyat malaysia dan negara2 lain dijauhkan dari segala malapetaka.

Semua itu adalah salah satu petanda kiamat kecil yang Allah ingin tunjukkan pada kita umat Nabi Muhammad yang kini telah lari daripada ajaran agama Islam yang sebenar. Marilah kita sama2 memohon daripada Allah S.W.T. bukan ketika kita dilanda kesusahan sahaja, tetapi setiap masa haruslah kita mengingatiNya.










 
 
 
 
Melihatkan keadaan ini sahaja kita sudah merasa gerun, bagaimanakah keadaan mereka yang mengalaminya... samalah2 kita berdoa agar keselamatan rakyat Malaysia yang berada diJepun berada didalam keadaan baik....
amin ya rabbal alamin...

OPTIMIS: Panduan Perbaiki Sikap

* Bangun awal, kemudian ambil mase untuk berjalan pagi selama 15 hingga 20minit.

* Hari ini adalah hari baru. Jangan pandang ke belakang jika ia melukakan.

* Hanya anda yang boleh mengawal diri sendiri. Belajarlah untuk mengawal diri.

* Berkawan dengan orang yang berfikiran positif, kerana adakalanya kawan dapat membantu kita berubah kearah yang lebih baik.

* Amalkan pemakanan sihat. Kerana pemakanan juga boleh membentuk sikap kita.

* Dapatkan tidur yang cukup. 

* Jadikan hobi sebagai penyelamat

* Layan orang lain dengan baik walaupun anda dilayan endah tak endah oleh org lain.

* Bersyukur dengan apa yang ada. Jika anda mahu lebih daripada yang ada, ia mungkin akan menyebabkan tekanan pada diri anda sendiri.

* Cuba lakukan sesuatu yang baru.

* Buktikan bahawa anda boleh melakukannya.

* Ubah sikap dan cara berfikir.

* Jika hari ini teruk, berazamlah untuk memperbaikinya esok. 

* Tuliskan misi dan visi dengan jelas.

* Sokongan keluarga dan rakan terdekat akan membantu. Percayalah...

* Jadi si OPtimis.

Menjaga Sel Otak

Memang sejak azali lagi setiap manusia mempunyai ribuan sel otak. Namun begitu jumlahnya akan berkurangan setiap kali kita meningkat dewasa. Malahan pengurangan ini semakin aktif jika kita tidak memaksimumkan penggunaannya. Jadi untuk mengawqal pengurangannya, mari kita semak beberapa tips dibawah:

* Lakukan aktiviti fizikal seperti berjoging bersama teman2. Kerana menurut penyelidikan, aktiviti sebegini boleh meningkatkan jumlah sel otak dibahagian otak yang mengatur memori proses untuk belajar disamping dapat mengeratkan hubungan dengan teman2.

* Lakukanlah sesuatu yang baru, misalnya mencuba makanan baru, kerap menukar wangian tubuh ataupun mengunjungi tempat2 baru.

* Selain itu dengan menulis puisi, cerpen atau seperti yang kita lakukan sekarang, mengupdate blog  atau apa saja yang boleh mengolah mental dan kemampuan berfikir juga baik untuk pertambahan sel otak.

* Sebaiknya banyakkan makan ikan kerana ikan mempunyai omega 3 yang baik untuk sel otak. Jika kita sudah bosan dengan ikan, kita boleh menggantikan pengambilannya dengan mengambil pati minyak ikan. Kebiasaan ini akan dapat membantu perjalanan oksigen ke otak.

* Hindari makanan ringan kerana akan menghadkan jumlah darah yang kaya dengan oksigen masuk ke otak serta menghalang metabolisme glukosa yang amat diperlukan oleh otak untuk berfikir.

Selamat mencuba...

Wednesday, March 9, 2011

Pesan Mama

Mase aku belum kawin...mama ngan abah tak jemu berpesan kat anak2, terutamanye aku lah....anak pmpuan kesayangan mereke....antara pesanan yang aku tak penah lupa....

* Jangan sesekali tinggalkan solat (kadang celus jugak, klo dah dok sbk, tengah mengqhada balik)

* Puasa tue klo boleh buat isnin khamis (takut sblm2 nie ade yang tinggal, tengah usaha....)

* Selalu dengar ceramah agama, tak dapat pegi pon tgk Al-Kuliyyah, Tanyalah ustaz, Semanis Kurma pon
   jadilah...(alhamdulillah selalu gak dengar...)

* Jaga adab & tingkah laku bila berhadapan ngan orang2 tua...

* Bila dah kawin, syurga dibawah tapak kaki suami, klo mama abah sakit pon, meninggal sekalipon, klo
   suami tak bagi balik, jangan balik....mama sentiasa amponkan anak2 mama...(syahdunyeeee)

* Jangan tido balik lepas sembahyang subuh, nanti rezeki mahal...(kadang2 tertido gak klo letih sgt..)

* Anggap Ibu & Ayah mertua tue macam mak ayah sendiri, klo mereka cakap ape pon, yang buat
   terase hati, diamkan aje, jangan sesekali nak menjawab, mama tak nah ajar anak2 mama menjawab kata
   org tua2. ( alhamdulillah buat mase nie tak nah lagi menjawab)

* Selalu jenguk mak mertua, tak jenguk mama pon tak ape, isteri kene ikut cakap suami, anak lelaki kene taat
   pada ibu ayah, jadi klo suami ajak balik kg, jgn menjawab ikut je, mama nie tak pe, mama ade abah... 
   (mana tahan...rindu gak kat mama...)

* Balik umah mak mertua jangan lupa belikan buah tangan....tanda kita ingat kat dia...

* Kene belajar kemas, kita nie orang pmpuan, biar tak pandai masak pon tak pe, janji kita pandai mengemas
   sebab klo kita tak pandai masak, misal ade org nk dtg umah, blh makan kat kedai je, tapi klo tak pndai
   kemas, tak de jual kat kedai....dia lahir dari dalam....

* Buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali....jangan terlalu mudah percaya ngan org, kdng kita boleh citer
   semua masalah dekat org, tapi bila kita dah tak ngam ngan org tue, dia akan jaja citer kita satu dunia.....
   (tapi   anak mama nie snng sgt nak percaya org....camne....walaupun dah terkena...tetap juga buat..)


Sebenarnye banyak lagi nasihat yang mamaku berikan kat anak2....mama abah memang ibu bapa yang sangat2 mengambil berat tentang perilaku anak2, mereka tak jemu2 nasihat ktorg....aku bersyukur sangat2 sebab dikurniakan ibu bapa yang sentiasa mengingatkan kami tentang hidup nie.....

Monday, March 7, 2011

Kemaafan Yang Dipinggirkan

Mase aku belajar dulu aku punye sahabat yang sangat akrab, ramai kata kami nie kembar, memang ke mana2 berkepit jerk...muka pon dah iras2...aku memang sangat sayangkan persahabatan tue, mase praktikal, aku berdua saje ngan J, kami praktikal di ipoh, sungguh banyak suka dan duka kami disana, mase tue agak sempit gak lah, kami penah ade duit belanja 5hengget je, untk belanja 2org, tambang bas, dan tue jugaklah untk duit mkn, kami hanya mkn ikan panggang, ngan nasi putih....kami susah senang sama2...

Tetapi disebabkan salah faham, mungkin pada yang tak memahami aku lah punca segalanye, tapi aku buat bersebab, ape pon aku tak kisah, sebab aku akui salah aku, walaupun penjelasan aku tak penah sape pon nak dengar, tapi aku tak kisah, aku tetap mintak maaf kat J, sebab pada aku meminta maaf itu lebih baik daripada memberi....dan selebihnye aku mohon pada Allah sahaja...

Kini J menyatakan yang dia telah memaafkan aku, aku sendiri tak pasti sama ada maaf tue sekadar di mulut atau sebaliknye....ape pon aku cukup happy bila dapat berborak ngan dia kat tipon....hubungan yang agak baik tetiba telah hancur dek kerana salah faham yang berlaku sekali lagi, aku tersilap TAG dalam FB....waaa...mmg hampasss rasenye, mase tue J belum approve aku dlm frnlistnye, so tak pe la, dok aku sebok2 mengetag tue aku nak taip nama aku ternampak nama J...waaaa...exctdnye aku...ape lagi aku tersilap la TAG, padahal aku nak bukak profil tue, tapi yang jadi lain plak...boleh tertag...aku gabra sungguh lah...mati aku...tapi tak pe lah...kali nie aku betul2 surrender, klo J tak nak maafkan aku, tue hak dia, aku letih dah nak mintak maaf...walaupun aku asib mengalah...kalo dah org penah wat silap, nie lah balasannye....

Kini aku redha je lah klo bukan jodoh aku ngan J sebagai sahabat....tue dah takdirNya, aku kene terima, walaupun aku sangat2 sedih...sbb aku sayangkan persahabatan tue...semuanye tinggal kenangan, aku hanya mampu doakan kebahagiaan J dan baby yang bakal dilahirkan tak lama lagi...aku sentiasa doakan yang terbaik untuknye, walau aku nangis air mata darah sekalipon masa takkan dapat berundur....ape pon aku nak J tau...aku benar2 sayangkan dia....

Pilu Yang Tak Dapat Kubendung

Hampir 7bulan aku bergelar suri rumah sepenuh mase, dalam tempoh tue juga aku berusaha membantu biz en.asben, memang lah tak nampak ape yang aku buat, tapi aku cuba buat yang mana mampu, promote kat internet, cari cust....tapi semua tue tak de ape dimata manusia sekeliling, hati aku remuk bila ade mulut2 yang mengatakan alah ade isteri pon buat ape klo tak dapat bantu suami....

Sangat panas telinga bila dengar kata2 sebegitu, bagaimana kah yang dikatakan boleh membantu suami??? bekerja dan ulurkan duit kat suami tiap2 bulan adakah sebegitu baru dikatakan membantu suami??? en.asben tak nah kata ape pon, dia lagi suka aku dok umah, uruskan anak2, makan pakai dan disamping tue tolong biz dia skit2 pon dah cukup bermakna buat dirinye kata en. asben....tapi orang luar hanya tahu menghukum tanpa usul periksa pon....bernanah rasenye hati aku nie....tapi memang aku sudah dilahirkan untuk tidak menjawab kata2 orang, ape orang nak kata pon aku wat pekak jerk...cumanye aku tetap manusia yang punya harga diri dan perasaan...aku tak minta untuk disanjung, tapi cukuplah sekadar menjaga hati aku nie...

Tiap kali aku berhadapan orang sekeliling yang tak pernah menghargai sebuah pengorbanan insan bernama isteri nie, aku memang sedih...sangat2 sedih...ikutkan hati muda aku nie, aku nak jerk keje, pegang duit sendiri, hidup mewah cam ibu2 yang bekerja, beli jerk ape yang aku nak...duit sendiri kan...tapi aku buat sume nie sebab nak bantu suami, klo aku keje, anak2 mesti kene anto taska, kegunaan mereka kene double, bagai2 lagi yang kene kuar...tapi bila aku sendiri yang mengasuh, semua tue dapat dijimatkan, makan boleh masak, anak2 depan mata, insyaallah lah....aku boleh lakukan untuk suami dan anak2...

Memang tangkap nangis lah....memang makan dalam bila orang suka2 nak menghukum aku, sape dorg???tika aku susah senang ngan suami aku, ade ke orang amik tau...tak de pon, aku tak pernah mintak untuk hidup bermewah2, cukup sekadar yang ade...tapi masih juga aku salah...mengapa???

HINAKAH AKU SEBAGAI SURI RUMAH???

Wednesday, March 2, 2011

Klo Tak Bedung Tak Sah...

Nie lah anak daraku....Nurul Batrisya,
Klo nak tido mesti nak berbedung....


Lenanye lah dia tido....bunyi ape pon tak sedo...

Rindu Kat Mohammad

Dah seminggu lebih mohammad kat kampung, rase macam lama sangat, tapi cam tue lah mohammad sekarang, seminggu ngan aku seminggu ngan nenek, klo tak jumpa atok ngan nenek, mulalah meleleh jerk air mata, lagipon atok ngan nenek sunyi klo tak de mohammad.

Mungkin ari jumaat nie nak g amik mohammad......rindu sangat2....


Moga mohammad jadi anak yang soleh, contoh kepada adik2...
Sayang anak mama....

Jika Kamu Yang Cemburu???


Bagi yang sedar kamu memiliki sifat cemburu buta, sebaiknya carilah jalan untuk kikis perasaanmu itu. Hidup kamu pasti tidak akan gembira anainya terus diselubungi dengan rasa cemburu. Sekiranya tidak tahu bagaimana untuk mengikis perasaan tersebut, ikuti panduan yang saya berikan.

·     * Terima hakikat bahawa sifat cemburu yang ada dalam diri kamu adalah masalah kamu sendiri dan kamu bertanggungjawab mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yang boleh membuat kamu cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dalam apa bentuk situasi  pun. Ingat, pilihan terletak pada diri sendiri, bukannya orang lain.
·     * Hormati perasaan pasangan kamu. Seperti kamu, dia juga mempunya hak untuk menilai kecantikan/lelaki lain. Jika kamu dapat melakukannya, kamu sudah dapat mengatasi sifat cemburu.
·     *  Tiada siap suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi, teruk sangatkan kesannya kepada diri kamu. Kamu mungkin sedih, kecewa dan marah untuk sementara waktu sahaja tetapi tidaklah sampai mati. Lambat laun kamu akan dapat mengatasinya juga.
·     *  Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kamu memang seorang yang cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.
·     *  Tuliskan apa perasaan kamu bila kamu merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa Malu? Rasa bersalah? Adakah kamu ingin meneruskan hidup dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat2lah berubah. 
·     *  Cuba fikirkan bagaimana cemburu kamu meledak. Adakah adil kamu menyisihkan pasangan kamu daripada orang lain? Teruk sangatkan dia bila dia senyum pada seorang wanita atau lelaki lain? Tidakkah kamu sendiri pun pernah tersenyum pada wanita atau lelaki lain.
·     *  Bina keyakinan diri. Kamu mungkin berasa tidak selamat jika selalu bergantung dengan si dia. Luaskan persahabatan dengan orang lain.
·     *  Jika rasa cemburu kamu sedang memuncak, bayangkan apa yang akan terjadi jika kamu melepaskannya kepada si dia. Contohnya jika si dia dinaikkan pangkat dan mempunyai seorang setiausaha yang cantik atau tampan, kamu sepatutnya mengucapkan tahniah dan bukannya menyindir. Jika dia ingin curang dengan sesiapa, dia tetap akan buat tidak kira sama ada kamu cemburu ataupun tidak. Cemburu tidak akan dapat menghalang meraka.

Jadi fikirkanlah apakah kebaikan dan keburukan jika kamu terlalu cemburu, kawal diri kamu, jangan terlalu menunjukkan kelemahan kamu.

nuffnang