Monday, April 18, 2011

PASRAH Demi Cintaku Padamu

Ini adalah cinta hatiku 
yang berjaya memikat hatiku satu ketika dulu,
orangnye tak de lah sehensem Saiful Yusuf atau Dafi Af,
tetapi keikhlasan hatinye yang berjaya
menambat hati ini untuk memberinya peluang
bertakhta dihatiku ini.

Banyak yang aku pendam,
adakalanya hati ini agak memberontak pabila kesabaran itu 
seakan hilang,
namun bila memikirkan dialah insan yang aku pilih,
maka aku harus pasrah dengan semua ujian
yang datang.

Sebenarnya sebelum berkahwin,
aku tidak tahu pon yang suami aku nie ade beberapa
masalah yang dia sendiri tak perasan,
aku cuma menyelami permasalahan yang berlaku,
ternyata suamiku  kurang sedikit masalah
pendengaran dan ingatannye 
agak lemah akibat kemalangan yang hampir
menyebabkan kakinye hilang.

Ternyata tiada siapa pon dalam keluarganye
yang menyedari perkara tersebut,
kerana banyak perkara yang suamiku tak boleh nak ingat,
walaupun telah diberi pelbagai klu,
suami hanya boleh mengingati peristiwa yang baru2
sahaja...

Terkadang aku agak sedih...
Tapi mungkin ini ujian daripada Allah S.W.T
untuk aku harunginya dengan tabah.

Abang demi cinta yang kita bina ini,
ayang pasrah,
moga dirimu jua begitu...Love U So Much.



0 comments:

nuffnang