Monday, May 23, 2011

Karnival Upin & Ipin


Karnival Upin & Ipin yang mendapat sambutan
pada tahun lepas di Melaka Wonderland, Kini Les' Copaque 
lagi sekali tampil dengan idea yang sama,
 bagi penganjuran Karnival tersebut pada tahun 2011
 dengan kerjasama stesen televisyen yang sinonim dengan jenama
upin dan Ipin,
Upin dan Ipin akan kembali untuk berjumpa peminat2nya
di Melaka Wonderland pada 28 & 29 Mei ini.

Menurut Pengarah Urusan Les'Copaque, 
Burhanuddin Mohd. Radzi, Karnival pada tahun lalu
telah menggamit seramai 30,000 pengunjung dan kali ini beliau
mensasarkan pengunjung seramai 60,000 orang.

Selain itu beliau turut menambah karnival dua hari itu
bakal gamat dengan dengan acara kemuncak iaitu 
Konsert Sahabat Selamanya
yang akan diadakan pada malam akhir karnival tersebut
pada 29mei.


Konsert tersebut akan lebih meriah dengan 
kehadiran Faizal Tahir dan artis jemputan dari indonesia
iaitu kumpulan padi.

Semoga pengunjung bergembira di karnival Upin dan Ipin...

jommmm.....kita pergi memeriahkannya...

0 comments:

nuffnang