Monday, May 23, 2011

KL Gangster

Lagi sebuah filem terbaru daripada 
Shamsul Yusuf yang sanggup membuatkan dirinye tertekan
bagi mendalami watak Shark dalam 
filem ini.

Selain bergelar pelakon utama dalam filem itu,
Shamsul juga turut mengarah dan memerah idea dalam 
penulisan skrip KL Gangster disamping
sepupunya Mohd Rizal Ashraff.

Antara barisan pelakon yang menjayakan
filem ini adalah Aaron Aziz, Ridzuan Hashim, Adi Putra,
Zizan Raja Lawak, Shoffi Jikan, Sheera Iskandar & Adan Corrie
serta ramai lagi...

Filem kelima arahan Shamsul Yusuf ini
bakal ditayangkan pada 9jun ini di 90 buah pawagam,
di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

Semoga Filem ini mendapat sambutan
daripada para penonton yang menantikan filem aksi
hasil kerja anak muda yang semakin menyinar
bakatnya dalam industri filem.

-Good Luck-

Karnival Upin & Ipin


Karnival Upin & Ipin yang mendapat sambutan
pada tahun lepas di Melaka Wonderland, Kini Les' Copaque 
lagi sekali tampil dengan idea yang sama,
 bagi penganjuran Karnival tersebut pada tahun 2011
 dengan kerjasama stesen televisyen yang sinonim dengan jenama
upin dan Ipin,
Upin dan Ipin akan kembali untuk berjumpa peminat2nya
di Melaka Wonderland pada 28 & 29 Mei ini.

Menurut Pengarah Urusan Les'Copaque, 
Burhanuddin Mohd. Radzi, Karnival pada tahun lalu
telah menggamit seramai 30,000 pengunjung dan kali ini beliau
mensasarkan pengunjung seramai 60,000 orang.

Selain itu beliau turut menambah karnival dua hari itu
bakal gamat dengan dengan acara kemuncak iaitu 
Konsert Sahabat Selamanya
yang akan diadakan pada malam akhir karnival tersebut
pada 29mei.


Konsert tersebut akan lebih meriah dengan 
kehadiran Faizal Tahir dan artis jemputan dari indonesia
iaitu kumpulan padi.

Semoga pengunjung bergembira di karnival Upin dan Ipin...

jommmm.....kita pergi memeriahkannya...

Elyana buat peel


Baru2 ini agak kecoh jugak berita tentang Elyana nie,
apabila dia dikatakan sudah berubah,
bukan berubah kerana sudah bergelar isteri,
tetapi berubah peel....

Wakil FMC mencurahkan rasa kecewa apabila,
Elyana tidak hadir ketika majlis pelancaran singlenye
dilakukan dan menggunakan orang tengah
iaitu suaminye untuk menyatakan yang beliau tidak 
dapat hadir ke majlis tersebut.

Ape yang menyedihkan, 
ini bukanlah kali pertama Elyana berbuat demikian,
namun demi menjaga air muka Elyana,
penulis tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenainya.

Harapan peminat dan media hiburan,
agar Elyana dapat memperbaiki sikap agar tidak
disenarai hitamkan oleh pihak industri muzik.

Sunday, May 22, 2011

Sah Shahir Bercinta dgn Rozita Che Wan

Setelah setahun gosip tentang kisah percintaan
pelakon yang dulunya popular dengan drama susuk,
Rozita Che Wan dengan juara AF8 iaitu Shahir,
kini segalanya terjawab.


Meskipon banyak tentangan tentang hubungan cinta mereka,
namun perbezaan umur 16tahun anatara Rozita Che Wan dan Shahir
bukanlah menjadi halangan bagi mereka.

Pengakuan yang dibuat di Berita Harian itu,
turut menyatakan yang hubungan cinta mereka sudahpon diketahui oleh
pihak media,
namun demi menjaga hati ramai pihak,
mereka terpaksa merahsiakan ianya dari pengetahuan umum.

Apapon semoga hubungan yang terjalin,
berkekalan hingga ke jinjang pelamin hendaknya.
amin....




Saturday, May 21, 2011

Merawat pitam

Ada sesetengah orang yang kerap mengalami pitam,
mungkin disebabkan tekanan darah rendah,
dan pelbagai faktor lain.

Jadi apa kata kita cuba petua ini untuk
merawat permasalahn tersebut 

1. Ramas sedikit pucuk manis dengan air, embunkan semalaman,
pada keesokkan paginya lumurkan di kepala,
lakukan beberapa kali.

Ruam Bayi

Bayi biasanye tidak tahan dengan cuaca yang panas,
atau alah terhadap sesuatu barangan,
jika bayi anda menghadapi alahan gunakanlah petua ini.


1. Gunakan tepung ubi, pakaikan seperti bedak dibahagian yang terkena 
ruam, lakukan setiap kali selepas mandi.

2. Pakaikan bayi anda bedak sejuk ketika waktu siang, selain meredakan ruam
ia juga membuatkan kulit bayi anda halus dan lembut.

Luka Bersalin

Bagi Ibu-ibu yang lepas bersalin, petua untuk 
menyembuhkan luka dengan cepat adalah seperti berikut 


1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam,
gunakan air rebusan tadi untuk mencuci bhgian intim, lakukan setiap kali mencuci sehingga
luka tersebut pulih.

2. Ikan haruan dipotong 3 @ 4, direbus bersama halia beberapa biji lada hitam,
dan sedikit garam, juga sedap dibuat sup atau panggang untuk dimakan 
bersama nasi panas.

3. Campurkan biji kani, halia bara & akar kayu direbus hingga mendidih,
setelah suam, minum air rebusan tadi. Minum setiap hari.

4. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain direbus daun pegaga juga
boleh dibuat ulam, makanlah bersama lada hitam yang dicampur garam.

Bayi Kembung Perut

Kebiasaannya bayi mudah mangalami kembung perut,
cara untuk merawatnya:

Layurkan 2helai daun sirih,
kemudian barutkan pada perut bayi

Menghilangkan Batuk

Batuk akan menyebabkan kita berase senak perut
dan mengalami kegatalan kerongkong.
Apakata cuba petua ini :

1. Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam segela air suam.
Apabila kerak nasi tadi kembang, minum airnya.
amalkan setiap pagi.

2. Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat,
campurkan dengan air dan tapis untuk mendapatkan patinya yang pekat,
embunkan semalaman, kemudian minum sekurang2nya 2kali seminggu.

3. Campurkan 2sudu teh madu lebah dengan air suam,
kacau sebati dan minum 2x sehari.

4. Perahkan limau nipis kemudian dicampurkan dengan sesudu kicap,
minum 1x sehari.

Menambah Air Susu Badan

Jika anda mengalami masalah
kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin,
amalkan petua ini :

1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih.
Kemudian layurkan pada api sehingga layu, setelah suam tekapkan pada payudara,
lakukan setiap hari untuk mendapatkan hasilnya.

2. Rebus beberapa daun betik yang sederhana muda.
Kemudian minum air rebusan tersebut sebanyak 2 atau 3kali sehari.
 
3. Parut lobak putih sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam.
Minum 2 kali sehari.

4. Rebus jantung pisang dan makan dengan nasi, buat seperti ulam.

5. Perbanyakkan memakan buah kurma

Menghilangkan Selsema

Sudah tentu kita akan menjadi tidak selesa
dan kerja seharian kita akan terganggu akibat
selsema yang teruk.
antara langkah2 awal yang boleh kita ambil untuk mengelakkan
ianye terus melarat dengan membanyakkan
meminum air suam.
Kurangkan juga pengambilan makanan berminyak serta makanlah 
makanan yang mudah dicerna.
Selain itu ia juga boleh disusuli dengan
cara2 berkenaan, ia adalah perawatan selsema
untuk dewasa dan kanak2.

Bagi golongan dewasa :


1. Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia bersih.
2. Hancurkan batang sirih tadi sehingga ia mengeluarkan lendir.
3. Sapukanlah lendir tu kat hidung anda.
4. Ia bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ni.
Lakukan langkah2 diatas sehingga selsema
anda berkurangan.


Bagi bayi pula :


1. Ambil kunyit hidup dan bersihkannya.

2. Asah kunyit hidup tadi pada belakang batu lesung 
 
3. Sapukan hasil asahan kunyit tersebut pada batang hidung bayi

Ulang langkah tersebut sehingga bayi anda bebas
daripada selsema

Mengempiskan Perut

Ramai yang risau tentang perut mereka
terutamanye selepas bersalin,
tapi kita ada cara untuk mengatasinya,
ia sungguh mudah dan tidak memerlukan
perbelanjaan yang besar.

Yang penting ketika dalam pantang
pastikan kita memakai bengkung tidak kira
bengkung moden atau tradisional
kerana ia adalah salah satu cara untuk
mengembalikan parut ke bentuk yang asal.

Sebelum mengikat bengkung
pastikan kita menyapukan kawasan perut
dengan perahan limau nipis dgn campuran kapur sireh.
Insyaallah hasilnye sangat memuaskan.

Lakukan dengan kerap
selain menjaga pemakanan harian kita,
serta mendisplinkan diri.

Selamat mencuba....

Kain Alas Hidangan (Saprah)

Salam

Saya juga menerima tempahan untuk
kain alas hidangan
dengan pelbagai warna dan corak..



:

:

:



 :

:

:



:

:

:


Sebarang tempahan 
boleh menghubungi saya terus

Pn. Noorhaida
0175261417

Friday, May 20, 2011

Telekung Pelbagai Corak


 Salam...

Eida ade menjual telekung dengan pelbagai corak
dan warna
dengan saiz S,M, dan L

Awning bunga silver

:

:

:

Awning bunga pink

:

:

:

Awning bunga biru

:

:

:
Telekung Bunga Silver

:

:

:
Telekung Bunga Biru

:

:

:

Telekung Bunga Pink

:

:

:

Telekung Bunga Putih

:

:

:

Bunga Putih

Untuk Tempahan boleh menghubungi
Pn. Noorhaida
0175261417


Sunday, May 1, 2011

Hobi Suamiku

Hubby eida memang minat sangat2 memancing,
so dia telah korbankan sedikit wang
semata2 ingin memiliki sampannye sendiri,
mula2 eida memang bangkang,
tapi bila difikirkan balik daripada hubby menghabiskan
duit untuk bende lain, 
lebih baik dia memancing ade jugak yang didapatnye...

nie lah sampan my hubby...
yang disayang sangat...setengah orang minat kereta kan,
tapi hubby minat bot...

nie hasil tangkapannye...

:

:

:

:
memang besttttt...
dulu sebelum ade askar 2org nie memang eida selalu ikut hubby 
g memancing..
tapi sekarang dah tak blh nak join dah...

Tapi sekarang hubby dah tak turun ke laut,
sebab sebok ngan kerja,
dan bot nie hanya untuk disewaka,
pernah juga disewa olah kru jelajah joran pada tahun lepas...

ini barisan kru jelajah joran...

apepon eida tumpang gembira dengan ape yang
hubby usahakan...

moga berjaya dalam ape jua
yang hubby lakukan...



 good luck...


nuffnang