Sunday, February 27, 2011

Sentiasa Merelakanmu Demi Cintaku

Aku punye kisah yang agak meruntum jiwaku ketika itu....Mac 2009...mase tue aku pulang ke kampung en. hubby, ketika aku sebok2 di dapur, aku nampak MIL kuar umah g kat en. hubby yang sedang mbasuh kereta, lalu menghulurkan sepucuk surat, aku yang berada didalam rumah terperasan.....tapi aku tak tanye ape2, sehingga sampai ke rumah kami semula, en.hubby menyerahkan surat tersebut kat aku, lalu aku membaca surat itu dengan teliti....ternyata surat tue dtg dr ex-girlfrnd en.hubby....ketika tue aku dan hubby berumahtangga sudah pon 3thn...aku tidak terkejut dengan kehadiran surat tersebut, kerana aku akui en.hubby seorang yang jujur dan tidak pernah merahsiakan ape2 pon drpd pngthuan aku.

Isi kandungan tersebut menyatakan bhwa wanita tersebut ingin kembali ke pangkuan en. hubby, sedangkan mereka telah terpisah hampir 5thn....last en.hubby berjumpa pada tahun 2004....kemudian langsung tiada khabar berita, tup2....wanita tersebut mengirimkan surat sebegitu....sedangkan kami sudah berumahtangga..

Aku hanya menyuruh suamiku untk menghubungi wanita tersebut, aku tak nak dia menantikan sebuah jawapan yang tidak pasti....en.hubby mula2 tak nak, mati-matian tak nak....tapi aku sebagai seorang perempuan sgt memahami ape yang ade difikiran wanita(ina) tersebut....akhirnye en.hubby mengalah dan menghubungi ina....disitu lah bermula hubungan mereka, aku bertanye pada en.hubby sama ada mahu terima semula ina dalam hidupnye??? namun en.hubby kata cukuplah hubungan mereka sebagai kawan, tapi aku pasti yang ina tetap mengharap sinar bhgia antara mereka.

Tanpa pengetahuan en.hubby sebenarnye aku dan ina berkawan, aku sms ina dengan cara baik, bagi aku biarlah ape yang berlaku antara en.hubby dan ina satu mase dulu, itu adalah mase lalu mereka, aku tidak berhak marah, atau nak terase hati....tapi tipulah klo aku tak cemburu, memang aku menangis, tapi bukan depan en.hubby, aku cakap kat en.hubby klo betul dia masih ade hati terhadap ina, aku relakan, mungkin klo aku tak hadir dalam hidup en.hubby, mungkin mereka bhgia skrg...

En.hubby ade bertanyekan hal tue kat ina, tapi ina masih tidak memberikan sebarang jawapan, aku tidak melarang, terpulanglah jika itu yang mereka mahu....asalkan mereka bahagia, aku tahu pahit untukku telan, namun ape kan daya....lelaki berhak kan untuk beristeri lebih dari 1.....apa lagi jika ada yang mengharapkan, ade yang kata aku bodoh....ahhh....pedulikan...daripada mereka punye hubungan diluar pengetahuan aku, lebih baik aku tahu.

Tapi en.hubby tetap tidak mahu menduakan aku, walaupun aku telah relakan....kini Ina sudah pon berumahtangga dan akan menimang cahaya mata tidak lama lagi...dan aku dan en.hubby telah dikurniakan sepasang cahaya mata pengikat kasih kami....aku dan ina pula menjadi sahabat yang amat akrab...sepertia adik beradik....berkawan itu lebih baik daripada kita bermusuh....

apepon aku gembira sangat sebab my hubby membuktikan cintanye padaku...
moga kasih ini kekal selamanye...

0 comments:

nuffnang