Sunday, June 5, 2011

Aku Kurang Upaya???

Satu hari nie,
sewaktu nak g membeli belah,
aku pon mencari2 tempat untuk meletakkan kereta,
dalam cari punye cari,
dari jauh aku nampak sebuah kereta
sedang keluar dari kotak parking,
dengan pantas aku terus menunggu dibelakang
kenderaan tersebut.

Bila aku tiba je kat situ,
aku terbaca signboard nie...
aku terkedu seketika,
lalu datang seorang lelaki bertanye pada aku
sama ada aku nie OKU
................
dengan pantas aku terus menganggukkan kepala,
dan terus memasuki parking.

Setelah masuk tempat parking,
aku membuka pintu kereta lalu keluar dengan
keadaan terhenjut2,
seperti OKU...lalu pergi meninggalkan tempat tersebut.

.................................

Tuk...tuk.....aku yang sedang mengelamun
tersentap dengan ketukan pada 
cermin kereta....
*itu hanyalah imaginasi aku jerkkkk...*

Aku dengan pantas menjawab
"saya bukan OKU" lalu mencari tempat parking
yang lain....

Maka hormatilah orang yang kurang upaya...
janganlah kita mengambil kesempatan
diatas kelemahan orang lain...

Camne aku boleh berimaginasi
sampai cam tue...


Friday, June 3, 2011

Contest Baby Bajet Comel

Salam....
Contest lagi...teruja giler nak join
walaupun tak penah menang dalam mana2 contest,
tapi untuk anak2 mama...
mama nak masukkan jugak korang contest...
kali nie contest baby bajet comel...


:

:

:

:

:
Nama : Nurul Batrisya Bt Azharulsaleh
Nama Panggilan : Arisya
Umur :8 Bulan
Tarikh Lahir : 18/10/2010
Aktiviti dia....campak2 barang...

Okeh....tue lah anak dara
kesayangan kami semua...comel ke???
semua ciptaan Allah sempurna belaka
ape pon terima kasih untuk Farah
sebab bukak contest nie..

So disini eida nak tag

* Qisha Qhairulnizam

* Murni Qaseh Kalsum

* Nurdalina Nordin

Good Luck My Prenzzzz.....

Monday, May 23, 2011

KL Gangster

Lagi sebuah filem terbaru daripada 
Shamsul Yusuf yang sanggup membuatkan dirinye tertekan
bagi mendalami watak Shark dalam 
filem ini.

Selain bergelar pelakon utama dalam filem itu,
Shamsul juga turut mengarah dan memerah idea dalam 
penulisan skrip KL Gangster disamping
sepupunya Mohd Rizal Ashraff.

Antara barisan pelakon yang menjayakan
filem ini adalah Aaron Aziz, Ridzuan Hashim, Adi Putra,
Zizan Raja Lawak, Shoffi Jikan, Sheera Iskandar & Adan Corrie
serta ramai lagi...

Filem kelima arahan Shamsul Yusuf ini
bakal ditayangkan pada 9jun ini di 90 buah pawagam,
di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

Semoga Filem ini mendapat sambutan
daripada para penonton yang menantikan filem aksi
hasil kerja anak muda yang semakin menyinar
bakatnya dalam industri filem.

-Good Luck-

Karnival Upin & Ipin


Karnival Upin & Ipin yang mendapat sambutan
pada tahun lepas di Melaka Wonderland, Kini Les' Copaque 
lagi sekali tampil dengan idea yang sama,
 bagi penganjuran Karnival tersebut pada tahun 2011
 dengan kerjasama stesen televisyen yang sinonim dengan jenama
upin dan Ipin,
Upin dan Ipin akan kembali untuk berjumpa peminat2nya
di Melaka Wonderland pada 28 & 29 Mei ini.

Menurut Pengarah Urusan Les'Copaque, 
Burhanuddin Mohd. Radzi, Karnival pada tahun lalu
telah menggamit seramai 30,000 pengunjung dan kali ini beliau
mensasarkan pengunjung seramai 60,000 orang.

Selain itu beliau turut menambah karnival dua hari itu
bakal gamat dengan dengan acara kemuncak iaitu 
Konsert Sahabat Selamanya
yang akan diadakan pada malam akhir karnival tersebut
pada 29mei.


Konsert tersebut akan lebih meriah dengan 
kehadiran Faizal Tahir dan artis jemputan dari indonesia
iaitu kumpulan padi.

Semoga pengunjung bergembira di karnival Upin dan Ipin...

jommmm.....kita pergi memeriahkannya...

Elyana buat peel


Baru2 ini agak kecoh jugak berita tentang Elyana nie,
apabila dia dikatakan sudah berubah,
bukan berubah kerana sudah bergelar isteri,
tetapi berubah peel....

Wakil FMC mencurahkan rasa kecewa apabila,
Elyana tidak hadir ketika majlis pelancaran singlenye
dilakukan dan menggunakan orang tengah
iaitu suaminye untuk menyatakan yang beliau tidak 
dapat hadir ke majlis tersebut.

Ape yang menyedihkan, 
ini bukanlah kali pertama Elyana berbuat demikian,
namun demi menjaga air muka Elyana,
penulis tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenainya.

Harapan peminat dan media hiburan,
agar Elyana dapat memperbaiki sikap agar tidak
disenarai hitamkan oleh pihak industri muzik.

nuffnang